Siakap Keli
qaseh rania wolfburg
Gambar: Stadium Astro

‘Jodoh’ Qaseh Rania Dengan VFL Wolfburg

‘Jodoh’ Qaseh Rania Dengan VFL Wolfburg

Pemain wanita negara Bawah 15 Tahun (B-15) Qaseh Rania Khairul Najib secara rasmi menyertai kelab Jerman, VFL Wolfburg, petik Stadium Astro.

Perkara itu disahkan selepas Rania melepasi sesi percubaan selama lima minggu bersama skuad belia kelab itu tahun lalu.

Difahamkan, Rania bakal mengikat kontrak selama tiga tahun selepas urusan berkaitan permit telah diselesaikan.

“Yang pertama, saya mahu kekal. Saya nak belajar, ada kerjaya di sana.

“Saya harap boleh lekat dengan pasukan di sana,” ujarnya sewaktu ditemu bual.

Penyertaan Rania ke Wolfburg secara tidak langsung menjadikan dirinya pemain wanita kedua negara yang berkelana ke negara itu selepas Celine Chuang yang menyertai Bayern Munich pada 2020.

Semalam, anak kedua daripada empat beradik itu diumumkan sebagai duta German Malaysian Institute (GMI), ia termasuk pembelajaran Bahasa Jerman.

“Fizikal, keputusan dan taktikal permainan mereka sangat berbeza berbanding kita di sini.

“Itulah cabaran yang perlu dihadapi dan saya perlu sesuaikan diri di sana,” katanya lagi.

Siapa Idola Rania?

Ditanya mengenai siapakah pemain bola sepak yang didolakan olehnya, Rania memberitahu ia adalah bintang Portugal Cristiano Ronaldo.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Qaseh Rania (@qasehranianajib)

Sumber: Stadium Astro, Instagram Qaseh Rania

BACA: Manchester United Bakal ‘Terbang’ Ke Malaysia

BACA: FA ‘Gantung’ Pengurus Liverpool Dua Perlawanan

BACA: Manchester United Hadapi Perubahan Besar Sebagai “Langkah Penjimatan”

BACA: Arif Aiman ‘Hampir’ Setanding Cristiano Ronaldo

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: