Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penyanyi & Penulis Lagu Hong Kong, Khalil Fong Meninggal Dunia 

penyanyi Khalil Fong Meninggal Dunia 
Gambar: FU Music

Penyanyi & Penulis Lagu Hong Kong, Khalil Fong Meninggal Dunia

Penyanyi dan penulis lagu Hong Kong, Khalil Fong dilaporkan meninggal dunia pada usia 41 tahun, lapor CNA.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh Fu Music dalam satu hantaran di Facebook pada 1 Mac, semalam.

Difahamkan, mendiang telah meninggal dunia pada 21 Februari lalu, selepas bertarung melawan penyakit yang dialaminya.

“Mendiang tidak pernah berputus asa dalam bertarung menghadapi penyakit yang berlarutan selama lima tahun.

“Khalil Fong telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini pada pagi 21 Februari 2025,” maklum kenyataan tersebut.

Pemergian Khalil meninggal kesan dalam industri muzik, terutamanya muzik tempatan.

Karier Khalil Fong

Untuk makluman, Khalil Fong dilahirkan di Hawaii pada tahun 1983 dan berpindah ke Hong Kong pada akhir 1990-an selepas menetap di Shanghai dan Guangzhou.

Fong dikenali ramai kerana menggabungkan muzik R&B dan soul dalam gaya uniknya terhadap Mandopop.

Antara lagu popular hasil karyanya sejak album pertamanya termasuklah Love Song, Special Person, Spring Breeze, Love Love Love dan Soulboy pada tahun 2005.

Selain muzik, Fong turut melancarkan siri novel grafik dwibahasa untuk kanak-kanak bertajuk Emi The Dream Catcher pada tahun 2018.

Walau bagaimanapun, kerjayanya terjejas akibat masalah kesihatan sejak tahun 2010.

Mendiang pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat pneumothorax atau paru-paru runtuh (udara di dalam paru-paru), yang dipercayai berpunca daripada keletihan melampau.

Selepas melancarkan albumnya Journey To The West pada tahun 2016, dia berjaya memenangi kategori Penyanyi Lelaki Mandarin Terbaik dan anugerah Penerbit Terbaik untuk lagu Noodles di Anugerah Golden Melody 2017

Bagaimanapun, Fong mula ‘menghilang’ daripada perhatian umum selepas itu.

Pada tahun 2024, dia membuat kemunculan semula dengan album The Dreamer.

Sumber:

CNA

BACA: Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Bagi Setiap Negeri

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA: Ini Rupanya Bentuk Anak Bulan Yang Dicerap

BACA: KWSP Umum Dividen 6.30 Peratus Untuk 2024

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025

BACA: Elak Ambil Makanan Ini Ketika Sahur Agar Puasa Kekal Bertenaga