Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Choi Whee-sung
Kredit: Koreaboo

Penyanyi Korea Selatan, Choi Wheesung Meninggal Dunia

Athirah

Penyanyi Korea Selatan, Choi Wheesung Meninggal Dunia

Penyanyi dari Korea Selatan, Choi Wheesung dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 43 tahun, lapor Koreaboo.

Berita duka itu disahkan oleh pihak agensi mendiang, Ostrich Entertainment.

Difahamkan, pihak berkuasa segera ke rumah mendiang selepas menerima panggilan daripada ahli keluarga.

Mereka kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kematiannya, namun pihak berkuasa mengesyaki mendiang sudah meninggal dunia dalam tempoh yang lama sebelum ditemui.

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai berapa lama tempoh tersebut.

Dalam pada itu, pihak agensi berkata mereka kini turut berkabung bersama keluarga mendiang.

“Kami dengan berat hati ingin menyampaikan berita yang memilukan ini. Pada 10 Mac, penyanyi kami, Wheesung telah meninggalkan kami. Beliau ditemui di kediamannya disebabkan serangan jantung dan telah menghembuskan nafas terakhir. Para artis dan eksekutif syarikat kami sedang berkabung bersama keluarga mendiang.

“Sangat memilukan untuk menyampaikan berita duka ini kepada para peminat yang selama ini telah memberikan sokongan dan kasih sayang yang begitu besar kepadanya.

“Mohon doakan mendiang agar beliau dapat beristirahat dengan tenang. Kami akan berkongsi makluman mengenai dewan pengebumian kemudian.

“Kami dengan tulus meminta agar semua pihak mengelakkan sebarang spekulasi demi menghormati keluarga yang sedang dalam keadaan terkejut dan berduka.

“Kami mengucapkan takziah yang mendalam kepada mendiang. Semoga beliau bersemadi dengan tenang,” kata agensi Ostrich Entertainment.

Dalam pada itu, mendiang Wheesung telah dijadualkan mengadakan konsert bersama rakan penyanyi solo, KCM pada 15 Mac ini.

Wheesung, penyanyi dan penulis lirik yang berbakat

Menurut portal Allkpop, Wheesung memulakan debutnya pada tahun 2002 dengan album pertamanya, Like a Movie, dan meraih populariti melalui lagu popularnya iaitu Can’t I?.

Beliau terus mendapat sambutan dengan lagu-lagu seperti With Me, The Day We Met Again, Incurable Disease dan One Year.

Selain kerjaya solonya, Wheesung juga dikenali kerana bakatnya dalam penulisan lirik.

Mendiang pernah menyumbangkan lirik kepada banyak lagu popular, termasuk Password 486 (Younha), HEY MR.BIG (Lee Hyori), Crazy Because of You (T-ara), Magic Girl (Orange Caramel), Dance The Night Away (TWICE), Sonata of Temptation (Ivy) dan Heaven (Ailee).

BACA: Liverpool Umum Jalin Kerjasama Lagi Dengan Adidas

BACA: Polis Siasat Video Tular Individu Pandu Kereta Secara Berbahaya Di Genting Highlands

Sumber: Koreaboo