Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri, 2 WP – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, Melaka, Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu, selain Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan.
“Selain itu, di Perak membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Di Selangor pula, daerah yang terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” maklum METMalaysia.
Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang (Limbang).
“Sementara di Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau dan Sandakan (Tongod),” tambah METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Kini Cecah 113 Hektar – Bomba Pahang
BACA: Rakaman CCTV Keluarga Ni Buat Warga Maya Sebak
BACA: Tiga Pemuda Cina Hasilkan Lagu “Syawal Berseri”, Tuai Pujian Ramai
Sumber: METMalaysia