Siakap Keli
Lagu Syawal Berseri
Kredit: 3P

Tiga Pemuda Cina Hasilkan Lagu “Syawal Berseri”, Tuai Pujian Ramai

Tiga Pemuda Cina Hasilkan Lagu “Syawal Berseri”, Tuai Pujian Ramai

Hari Raya tanpa lagu raya boleh dikatakan ibarat kuih raya tanpa balang – tetap ada, tapi kurang ‘vibe’.

Setiap tahun, alunan lagu-lagu klasik seperti Suasana Hari Raya dan Balik Kampung pastinya didendangkan untuk menyambut kemeriahan Syawal.

Tahun ini pula, Syawal tambah berseri-seri dengan lagu istimewa yang mencuri perhatian, dihasilkan oleh tiga pemuda berbangsa Cina menerusi kumpulan “3P”.

Tampil dengan muzik rancak dan ‘catchy’, lagu berjudul “Syawal Berseri” ini pantas menjadi bualan ramai, berjaya memikat hati rakyat pelbagai kaum.

Ruangan komen di media sosial dibanjiri pujian daripada netizen yang kagum dengan usaha kumpulan ini menyemarakkan semangat raya.

“Seronoknya. Dah ketagih dengar lagu ni. Entah berapa kali ulang dah, tak jemu langsung,”

“Tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba rasa sebak bila dengar lagu ini. Terbaik,”

“Ayuh, Malaysiaku”

Namun, di sebalik keceriaan lagu ini, ramai juga yang sebak.

Dalam suasana negara yang kadangkala diuji dengan pelbagai cabaran, ini menjadi bukti bahawa perpaduan masih bernyawa dan terus bernafas dalam jiwa rakyat Malaysia.

“Malaysia akan bersatu bukan hanya dengan sukan tetapi melalui muzik seperti ini,”

“Terima kasih kerana mencipta lagu ini untuk kami. Rasa sebak mendengarnya dan melihat video muzik ini. Inilah semangat sebenar Malaysia—pelbagai kaum dan bangsa bersatu tanpa sempadan, bersama dalam satu perayaan,”

“Sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, saya berasa begitu terharu melihat semua di tanah air tercinta saling menyokong dan meraikan bersama, tanpa mengira bangsa. Kita semua rakyat Malaysia,”

Bahkan, kejayaan 3P ini juga cetus rasa tidak sabar dalam kalangan warga maya yang menantikan “Deepavali version”.

BACA: Kenali Jupiter, Kisah Kucing Kesayangan Yang Pernah ‘Dibuang’

BACA: Aidilfitri: Senarai Lokasi Kamera AwAS Sepanjang Lebuhraya PLUS

BACA: Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi Didakwa Punya Fungsi Tertentu

Sumber: 3P (1) (2)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.