Siakap Keli
Saluran Esophagus Kanak-Kanak
Kredit: X @Dr_Shaiful 

Doktor Terkejut Jumpa “Ini” Dalam Saluran Esophagus Kanak-Kanak

Doktor Terkejut Jumpa “Ini” Dalam Saluran Esophagus Kanak-Kanak

Zaman sekarang, mainan kanak-kanak bukan sahaja hadir dalam pelbagai bentuk dan warna, bahkan pelbagai saiz.

Ada yang sebesar tapak tangan, ada pula yang cukup kecil hingga muat di hujung jari.

Bagi kanak-kanak pula, setiap objek yang ditemui ini sering dianggap sebagai sesuatu yang boleh dimainkan.

Malah, ada juga yang melihatnya sebagai sesuatu yang boleh dimakan.

Perkara ini menjadi kebimbangan besar buat ibu bapa dan penjaga kerana sikap ingin tahu yang tinggi dalam diri kanak-kanak.

Tanpa sedar, mereka mungkin memasukkan objek kecil ke dalam mulut, yang akhirnya boleh membawa kepada insiden tidak diingini.

Contohnya tercekik atau lebih teruk, tersekat dalam saluran pernafasan atau esofagus. Dalam kes yang lebih serius, keadaan ini boleh mengancam nyawa.

“Awasi permainan anak-anak anda,” – Doktor Shaiful

Baru-baru ini, seorang doktor dikenali sebagai Dr. Shaiful mencuri perhatian apabila berkongsi cerita “kes oncall malam 15 Ramadan”.

“Selesai sahaja menunaikan lapan rakaat solat tarawih, saya terus bergegas ke Dewan Bedah hospital untuk mengeluarkan ‘foreign body’ atau bendasing yang tersekat dalam saluran esofagus seorang kanak-kanak.

“Pada mulanya, saya menyangka ia adalah duit syiling. Namun, apabila sampai ke bahagian atas esofagus, bentuknya tidak menyerupai duit syiling,” katanya.

Menurut Dr. Shaiful, kebanyakan kes yang dilaporkan sebelum ini memang melibatkan kanak-kanak tertelan duit syiling.

Namun, kali ini keadaannya berbeza. Objek yang berjaya dikeluarkan rupa-rupanya bukan duit syiling, tetapi token permainan.

“Untuk rekod, ini adalah kali pertama saya menemui kes sebegini,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa agar lebih berwaspada terhadap permainan anak-anak, terutamanya objek kecil yang boleh dimasukkan ke dalam mulut.

“Antara perkara yang paling merisaukan pakar ENT adalah sekiranya bendasing yang tertelan memasuki saluran pernafasan, kerana ia boleh menyebabkan gangguan pernafasan,” katanya lagi.

Kes seperti ini menjadi peringatan betapa pentingnya pengawasan rapi terhadap kanak-kanak, terutama ketika mereka sedang bermain atau makan.

Apa sahaja objek kecil yang terlepas pandang boleh mengundang risiko besar kepada nyawa mereka.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, bersikap lebih peka dan berhati-hati adalah kunci utama dalam memastikan keselamatan si kecil.

Pastikan persekitaran mereka bebas daripada objek berbahaya dan sentiasa pantau setiap pergerakan mereka.

Ingatlah, satu detik kecuaian boleh membawa penyesalan seumur hidup.

BACA: Nurul Izzah Izzati DNF Acara Keirin Akibat Kemalangan

BACA: Tip: 18 Penjagaan Sistem Brek Yang Ramai Terlepas Pandang

BACA: Jadual Operasi J&T Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025

Sumber: X @Dr_Shaiful

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.