Siakap Keli
Nurul Izzah Izzati DNF
Kredit: X @AtletMalaysia

Nurul Izzah Izzati DNF Acara Keirin Akibat Kemalangan

Nurul Izzah Izzati DNF Acara Keirin Akibat Kemalangan

Hasrat untuk menyaksikan ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, mencipta kejutan di pentas antarabangsa malam tadi tidak kesampaian.

Beliau terlibat dalam satu kemalangan ketika menyertai acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye.

Atlet berusia 22 tahun itu yang juga merupakan olimpian negara, sedang bersaing dalam saringan repechage pusingan pertama dengan harapan untuk menebus peluang mara ke peringkat seterusnya.

Namun, insiden malang berlaku ketika beliau sedang memecut menuju garisan penamat apabila berlaku perlanggaran dengan pelumba lain.

Difahamkan, Izzah berlanggar dengan pelumba dari New Zealand, Makaira Wallace, yang berada di hadapannya sebelum insiden itu terjadi.

https://x.com/AtletMalaysia/status/1901440956458729643

Pelanggaran tersebut menyebabkan Izzah gagal menamatkan perlumbaan dan diberikan status DNF (Did Not Finish), sekali gus menamatkan perjuangannya dalam acara keirin kejohanan tersebut.

Difahamkan, setakat ini, tahap kecederaan yang dialami oleh Izzah masih belum dapat dipastikan.

Terdahulu, Izzah sempat mencuri tumpuan apabila berjaya memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara pecut individu.

Beliau mencatatkan masa 10.578 saat, sekali gus membuktikan peningkatan prestasinya di pentas antarabangsa.

BACA: WWE Lancar Tali Pinggang Kejuaraan Legasi Bola Sepak Eropah

BACA: Portimonense Dedah Hector Hevel Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya?

BACA: Chong Wei Sedia Tabur Bakti Dalam Pembangunan Sukan Johor

Sumber: Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.