Siakap Keli
Dua Beranak Rentung Kemalangan Treler.
Gambar: JBPM

Dua Beranak Rentung Dalam Kemalangan Babit Dua Treler

Dua Beranak Rentung Dalam Kemalangan Babit Dua Treler

Dua beranak maut apabila rentung dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 331.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad mengesahkan mangsa yang terkorban adalah pemandu dan kelindan treler yang membawa muatan pasir.

Menurut beliau, pemandu treler itu merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun, manakala anak lelakinya yang menjadi kelindan dianggarkan berumur dalam lingkungan 20-an.

Tambah beliau, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.46 pagi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan Bidor dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah treler muatan pasir yang berlanggar bahagian belakang sebuah lori treler muatan kapas sebelum terbakar.

“Maklumat dari ketua operasi terdapat seorang mangsa ditemui mati terbakar iaitu pemandu treler muatan pasir.

“Manakala seorang lagi mangsa iaitu anak pemandu ditemui tersepit di bawah kepala treler dan didapati turut mati terbakar dan telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Hans Isaac Bukan Lagi Pengerusi PSM

BACA: Tentera Israel Lancar Serangan Besar-Besaran Di Gaza, 110 Terkorban

BACA: Cemerlang SPM Bukan Jaminan, Ini 3 Benda Penting Untuk Dapatkan Tajaan PETRONAS

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.