Pegawai Kanan Keselamatan Hamas Dilaporkan Terkorban
Pegawai kanan keselamatan Hamas, Mahmoud Abu Watfa, dilaporkan terkorban dalam serangan udara Israel ke atas Gaza pada Selasa.
Serangan besar-besaran yang dilancarkan oleh Israel itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 200 orang, sekali gus menamatkan rundingan lanjutan gencatan senjata yang tertangguh sejak beberapa minggu lalu.
Dilaporkan serangan berlaku di beberapa kawasan termasuk Gaza utara, bandar Gaza, Deir al-Balah, Khan Younis, tengah Rafah dan selatan Gaza.
Dalam pada itu, pihak pegawai kementerian kesihatan Palestin memaklumkan bahawa kebanyakan mangsa yang terkorban adalah kanak-kanak.
Di sisi lain, tentera Israel menyatakan operasi ketenteraan itu akan diteruskan selagi perlu dan melangkaui serangan udara, membawa kemungkinan serangan darat akan dilakukan semula.
Hamas pula mendakwa bahawa Israel telah membatalkan perjanjian gencatan senjata, meninggalkan nasib 59 tebusan yang masih ditahan di Gaza tidak pasti.
BACA: Tentera Israel Lancar Serangan Besar-Besaran Di Gaza, 110 Terkorban
BACA: Dua Beranak Rentung Dalam Kemalangan Babit Dua Treler
BACA: Pengendali Sebuah Laman Berita Facebook Ditemui Mati
Sumber: Astro Awani