Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
saham indonesia
Gambar: bisnis.com

Bursa Saham Indonesia Menjunam Lebih 7 Peratus, Terpaksa Digantung

Hannah

Bursa Saham Indonesia Menjunam Lebih 7 Peratus, Terpaksa Digantung

Pasaran saham Indonesia terpaksa menghentikan dagangan buat kali pertama sejak 2020 selepas Indeks Komposit Bursa Saham Jakarta (IDX Composite) menjunam lebih 7 peratus.

Pada pagi Selasa, Bursa Saham Indonesia (IDX) menghentikan dagangan selama 30 minit setelah indeks kehilangan 5 peratus nilainya.

IDX mengesahkan penghentian sementara sistem dagangan pada jam 11:19:31 waktu Jakarta.

Apabila dagangan disambung semula, indeks terus mencatatkan kerugian lebih besar, mencecah penurunan 7.1 peratus sebelum kembali pulih sedikit.

Penurunan ini dipercayai berlaku apabila pelabur tempatan dan antarabangsa menarik diri akibat sentimen pasaran yang lemah dan kebimbangan terhadap situasi makroekonomi negara itu.

Difahamkan, syarikat teknologi dan perkilangan antara yang paling terjejas dengan situasi tersebut.

Saham DCI Indonesia, penyedia infrastruktur pusat data, jatuh sekitar 20 peratus kepada 115,800 rupiah (sekitar RM31.03).

Manakala saham syarikat tenaga dan kimia, Chandra Asri Pacific, susut hampir 19 peratus pada petang.

BACA: Anggaran Bayaran Diterima Angkasawan NASA ‘Terkandas’ Di ISS

Penganalisis pasaran menyatakan beberapa faktor menyumbang kepada kejatuhan ini.

Hal ini termasuk penurunan taraf kredit oleh institusi kewangan antarabangsa dan khabar angin mengenai peletakan jawatan Menteri Kewangan.

Menurut ahli ekonomi Bank Danamon, Hosianna Situmorang, Morgan Stanley telah menurunkan taraf penarafan MSCI Indonesia daripada ‘equal weight’ kepada ‘underweight’, menyebabkan penjualan besar-besaran saham domestik.

Tambahan pula, nilai rupiah yang menyusut sebanyak 1.7 peratus sejak awal tahun turut memberi tekanan kepada pasaran saham.

“Penyusutan nilai mata wang meningkatkan aliran keluar modal kerana pelabur beralih daripada aset berisiko,” katanya.

Sementara itu, khabar angin mengenai peletakan jawatan Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati juga menambah kebimbangan.

“Khabar angin ini menjadi perhatian besar pemain pasaran kerana kedudukan beliau sebagai menteri kewangan dianggap positif setakat ini,” menurut Valdy Kurniawan, penganalisis dari Phintraco Securities.

Bagaimanapun, jurucakap Pejabat Komunikasi Presiden menafikan khabar angin tersebut.

“Kami ingin menegaskan bahawa maklumat yang tersebar di media sosial mengenai peletakan jawatan Ibu Sri Mulyani adalah tidak benar,” kata Hariqo Wibawa Satria dalam video di akaun Instagram rasmi PCO.

BACA: Leia Mayssa Terima Tawaran Belajar Ke Massachusetts Institute of Technology (MIT)

Selain itu, angka inflasi untuk Januari dan Februari menunjukkan kuasa beli yang semakin lemah, dipercayai turut mempengaruhi pasaran.

Diskaun elektrik dan penurunan kuasa beli rakyat juga antara faktor penurunan inflasi Indonesia ke tahap terendah dalam beberapa dekad.

Kelas pertengahan Indonesia, yang menyumbang kepada 17.1 peratus populasi negara pada tahun 2024, turut menyusut daripada 21.4 peratus pada tahun 2019.

Menjelang musim perayaan Aidilfitri yang biasanya menyaksikan perbelanjaan tertinggi, sentimen ekonomi yang lemah ini dijangka memberi kesan lebih besar kepada sektor pengguna.

BACA: Elaun Sara Hidup Nelayan Laut: Panduan Lengkap Cara Nak Mohon

Sumber: Nikkei Asia