Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Leia Mayssa terima tawaran MIT
Sumber: Facebook Hi-Edu MARA

Leia Mayssa Terima Tawaran Belajar Ke Massachusetts Institute of Technology (MIT)

Nur Alissa

Leia Mayssa Terima Tawaran Belajar Ke Massachusetts Institute of Technology (MIT)

Pelajar Program International Baccalaureate (YTP-IB MARA) dari Kolej MARA Banting, Leia Mayssa, telah menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Kejayaan ini dikongsikan oleh Hi-Edu MARA dalam satu hantaran di Facebook.

Difahamkan, Leia merupakan wakil Malaysia dalam satu pertandingan International Mathematical Olympiad (IMO), yang berlangsung di tiga negara dari tahun 2022 hingga 2024.

“Leia telah mewakili Malaysia dalam International Mathematical Olympiad (IMO) 2022-2024, yang berlangsung di Oslo, Norway (2022), Chiba, Jepun (2023), dan Bath, United Kingdom (2024).

“Sepanjang penyertaannya, Leia berjaya merangkul 1 pingat gangsa dan 2 Honorary Mentions, membuktikan keunggulannya dalam bidang Matematik peringkat dunia.

Selain itu, Leia turut terpilih menyertai Kem Matematik Antarabangsa, Maths Beyond Limits di Rycerka Dolna, Poland pada 8 hingga 21 September 2024.

BACA: Gelagat Budak Lelaki Minta Tun M ‘Sign’ Hot Wheels, Curi Tumpuan

“Kem ini menghimpunkan 60 pelajar cemerlang dari 32 negara yang berkongsi minat mendalam dalam Matematik dan membina jaringan global dalam komuniti tersebut.

“Atas kecemerlangan luar biasanya, Leia telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat, dalam bidang Sains Komputer bagi sesi kemasukan 2025.

Sehubungan itu, BPT menzahirkan perhargaan terhadap pencapaian cemerlang yang diraihnya dalam bidang akademik dan pertandingan antarabangsa.

“BPT amat berbangga dengan pencapaian Leia dan mendoakan kejayaan berterusan dalam perjalanan akademiknya di MIT. Semoga Leia terus menjadi inspirasi kepada pelajar lain dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” maklum kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pusat PERMATA Pintar Negara dalam satu hantaran turut mengucapkan tahniah di atas pencapaian alumni di institut pengajian itu.

“Pusat PERMATA@Pintar Negara ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Saudari Leia Mayssa Masyerin atas kejayaan telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat dalam bidang Sains Komputer bagi tahun 2025.

“Dengan keputusan PERMATA@Pintar High School Diploma yang cemerlang, Saudari Leia telah memohon dan layak ke MIT.

“Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM sekali lagi merakamkan tahniah dan syabas kepada Saudari Leia atas kejayaan dan impian untuk menyambung pengajian ke MIT.

“Semoga dapat mengharumkan nama negara satu hari nanti. Anak PERMATA di persada dunia,” kongsi hantaran tersebut.

Sumber: Facebook Hi-Edu Mara

BACA: Kes Syed Saddiq: Bella Hadir Ke Mahkamah Rayuan