Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tiada Kategori

REHDA Institute Lancar RIYI, Platform Bimbingan Kerjaya Untuk Pelajar Universiti

Sofea

REHDA Institute Lancar RIYI, Platform Bimbingan Kerjaya Untuk Pelajar Universiti

Petaling Jaya, 15 Januari — REHDA Institute melangkah lebih jauh apabila melancarkan REHDA Institute Youth Initiative (RIYI) di sidang CEO Series 2026 di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, hari ini.

RIYI dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bersama Pengerusi REHDA Institute, Dato’ Jeffrey Ng Tiong Lip.

Untuk pengetahuan, RIYI merupakan satu program pembangunan modal insan kebangsaan yang bertujuan merapatkan jurang antara menara gading dengan industri selain memperkukuhkan bekalan tenaga kerja negara.

Lebih daripada 13 universiti tempatan bersama pemimpin korporat dan industri terlibat dalam inisiatif ini.

Para pelajar akan diberikan bimbingan yang berstruktur, pendedahan awal kepada industri dan bimbingan kerjaya.

Dalam majlis pelancaran itu, Loke dan Jeffrey juga telah menyampaikan mockup cheque kepada tiga pelajar yang menyertai Malaysian Leaders of Tomorrow Challenge (MLTC) 2026 yang dianjurkan REHDA.

Tempat pertama dimenangi oleh pelajar dari Monash University Malaysia iaitu Tamilhselvi Selvanathan dan membawa pulang RM3,000. Bagi tempat kedua, Mohamad Harith Irfan Sadri dari Universiti Malaysia Perlis pula mendapat RM2,000.

Sementara itu, Yap Huang Ying dari Universiti Sains Malaysia menduduki tempat ketiga dan membawa pulang RM1,000.

Mereka berpeluang untuk menyertai program bimbingan korporat bersama RIYI.

Pelancaran tersebut turut diadakan bersempena sidang CEO Series 2026 yang telah menghimpunkan lebih daripada 400 pegawai kanan bagi membincangkan hala tuju ekonomi.

Loke berkata CEO Series 2026 menjadi medium terbaik untuk membincangkan idea yang berkaitan dengan aset serta konsep hartanah hospitaliti. Ia merupakan komponen penting dalam memastikan kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Tahniah kepada pihak penganjur kerana mewujudkan platform ini yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan pada hari ini, untuk saling belajar serta menyumbang kepada pembangunan ilmu intelektual, yang akhirnya memberi manfaat kepada Malaysia,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.