Siakap Keli
Tiga maut kemalangan
Sumber: Astro Awani

Tiga Maut Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan

Tiga Maut Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan

Satu kemalangan membabitkan empat kenderaan dilaporkan berlaku di Kilometer 58.4 Lebuhraya Utara-Selatan pada Rabu.

Kejadian itu mengakibatkan tiga mangsa maut, manakala dua lagi mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.24 pagi.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah Proton Saga BLM dan dua lori.

“Mangsa dalam kereta Proton Saga BLM seramai tiga orang itu dilaporkan tersepit dan meninggal dunia manakala dua lagi mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda itu cedera parah.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas resque tools.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan menaiki ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.,” katanya seperti dilapor Astro AWANI.

BACA: Saharudin Meninggal Dunia Pada Usia 84 Tahun

BACA: Penyanyi Popular Antara 12 Terkorban Dalam Nahas Pesawat Terhempas

BACA: Kes Syed Saddiq: Bella Hadir Ke Mahkamah Rayuan

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.