Siakap Keli
bella hadir syed saddiq
Gambar: TikTok

Kes Syed Saddiq: Bella Hadir Ke Mahkamah Rayuan

Kes Syed Saddiq: Bella Hadir Ke Mahkamah Rayuan

Kelibat penyanyi Bella Astillah yang hadir ke Mahkamah Rayuan pada pagi ini dipercayai bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hari ini mencuri perhatian ramai.

Dalam klip tular di TikTok memaparkan Bella yang mengenakan baju kurung bercorak bunga berjalan bersama beberapa individu menuju ke pintu masuk mahkamah.

@thehazzzzzzzs

#bellaastillah #syedsaddiq

♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn 🤍

Netizen sayu lihat sokongan Bella terhadap Syed Saddiq

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melibat sokongan Bella dan sebahagiannya turut mendoakan agar perbicaraan Syed Saddiq dipermudahkan.

“Ya Allah..terimalah doa kami..bebaskan yb Syed Saddiq dari sebarang dakwaan dan pertuduhan..kasihanilah hamba-hambaMu yang menunggu kasih sayangnya..Aamiin,” komen seorang pengguna.

“Terharunya sokongan Bella & kawan-kawan. Semoga dipermudahkan segala urusan YBSS & dibebaskan dari hukuman… Amin,” komen seorang lagi.

“Ya Allah permudahkan segala urusan Syed Saddiq bin Abdul Rahman dan bebaskan yb dari segala pertuduhan amin,” doa seorang lagi.

Tahun lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan 19 dan 20 Mac 2025 untuk mendengar rayuan Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman bagi empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Perkara itu maklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

“Mahkamah turut menetapkan 15 Januari untuk pengurusan kes bagi mengetahui status lengkap rayuan dan pihak-pihak perlu menfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 4 Mac depan (2025),” katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, M0hd Khairi Haron.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pendengaran rayuan kes itu.

Syed Saddiq, 33, menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023, yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Sumber: TikTok @hazzzzzzz

BACA: Indikasi Kebakaran Kargo Cetus Respons Kecemasan MH720

BACA: Pesawat MH720 Dari Jakarta Selamat Mendarat Di KLIA Selepas Isytihar Kecemasan

BACA: Angkasawan NASA Berjaya Mendarat Di Bumi

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: