Siakap Keli
SME Bank Lancar Skim Pembiayaan Vanigham Bagi Memperkasa Pertumbuhan PMKS
Dari kiri – Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Pemangku Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank; YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Dato’ Muslim Hussain, Pengerusi SME Bank di majlis peluncuran Skim Pembiayaan Vanigham SME Bank.

SME Bank Lancar Skim Pembiayaan Vanigham Bagi Memperkasa Pertumbuhan PMKS

SME Bank Lancar Skim Pembiayaan Vanigham Bagi Memperkasa Pertumbuhan PMKS

KUALA LUMPUR: 25 Mac 2025 – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia  Berhad (“SME Bank”) hari ini mengumumkan peluncuran Skim Pembiayaan Vanigham  (“VFS”), sebuah kemudahan pembiayaan baharu dengan peruntukan dana berjumlah RM50  juta yang dikhususkan untuk memperkasakan perusahaan kecil di Malaysia. 

Pengenalan VFS selaras dengan strategi SME Bank untuk meningkatkan keterangkuman  kewangan serta memastikan semua kumpulan usahawan mendapat peluang yang sama  untuk mengembangkan perniagaan mereka. Skim pembiayaan ini bertujuan memberikan  sokongan kewangan yang diperlukan bagi pemerolehan aset, kenderaan komersial dan modal  kerja untuk membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan mereka, memperluaskan  pasaran dan meningkatkan daya saing. 

YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan  Koperasi (“KUSKOP”), menekankan peranan penting PMKS dalam pertumbuhan ekonomi  negara. “KDNK Malaysia meningkat sebanyak 4.8% pada suku keempat 2024, dengan  sumbangan PMKS sebanyak RM613.1 bilion pada tahun 2023. Tahun ini, PKS dijangka  menyumbang 45% kepada KDNK dan 25% daripada jumlah eksport negara. Oleh itu, agensi 

agensi kerajaan harus terus aktif untuk menyokong sektor ini, terutamanya dalam aspek  pembiayaan seterusnya merangsang pertumbuhan PMKS. Pelancaran VFS oleh SME Bank  adalah sejajar dengan agenda Kerajaan MADANI dalam memupuk keterangkuman,  kepelbagaian dan ekosistem perniagaan yang mampan.” 

“KUSKOP telah menggerakkan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sektor PMKS di  seluruh negara merangkumi semua sektor melalui penawaran pembiayaan inovatif. Usaha ini,  melalui pelbagai agensi Kerajaan seperti Tekun Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, Pernas,  SME Corp dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, telah berjaya menyalurkan kira-kira RM9.577  bilion kepada lebih 300,000 usahawan di seluruh negara dalam bentuk pembiayaan dan  geran. Oleh itu, Kementerian menyokong usaha SME Bank dalam menyediakan akses  kepada pembiayaan baharu yang lebih inklusif dan menyeluruh bagi memastikan setiap  segmen perniagaan terus berkembang.” 

Dari kiri – Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Pemangku Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank; YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Dato’ Muslim Hussain, Pengerusi SME Bank di sidang media, susulan peluncuran Skim Pembiayaan Vanigham SME Bank.

Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan berkata, “Selaras dengan mandat pembangunan kami, kami menyedari  kepentingan memastikan semua usahawan PMKS mendapat sokongan pembiayaan yang  mencukupi bagi memajukan perniagaan mereka. Oleh itu, pelaksanaan VFS adalah bukti  peranan kami dalam menyediakan pembiayaan yang disesuaikan kepada kumpulan sasaran  tertentu seterusnya mengiktiraf usahawan kecil sebagai penyumbang utama yang melengkapi  ekosistem PMKS secara keseluruhan serta sebagai salah satu tunjang utama dalam  menggerakkan ekonomi Malaysia. Dengan pengenalan VFS, kami berharap dapat  menggalakkan lebih banyak penyertaan perniagaan yang inovatif serta merangsang  keusahawanan strategik di seluruh Malaysia.” 

VFS ialah skim pembiayaan RM50 juta yang menawarkan pembiayaan dari RM100,000  hingga RM300,000 bagi pembelian mesin, kenderaan komersial dan modal kerja dengan  subsidi kadar keuntungan daripada Kerajaan. Permohonan VFS dibuka sehingga 31  Disember 2027, memberikan peluang penting kepada usahawan untuk berkembang dan  memperluaskan perniagaan mereka. 

Pelancaran VFS telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan  Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (“KUSKOP”) serta dihadiri oleh Dato’ Sri  Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan  Koperasi (“KUSKOP”), Dato’ Muslim Hussain, Pengerusi SME Bank dan Datuk Dr.  Mohammad Hardee Ibrahim, Pemangku Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME  Bank. 

VFS bukan sahaja menyediakan pembiayaan secara langsung tetapi juga melengkapkan  inisiatif utama yang diterajui kerajaan di bawah Bajet Nasional 2025 kerana ia sejajar dengan  program utama SME Bank, seperti Program Jaguh Serantau dan Program Pembiayaan  HalalBiz. 

Dalam meneruskan peranan SME Bank sebagai pemacu pembangunan usahawan, SME  Bank terus diberi kepercayaan oleh Kerajaan dalam Bajet Nasional 2025 dengan lebih RM1  bilion untuk program baharu dan sedia ada, memberi tumpuan kepada keterangkuman  kewangan untuk PMKS dalam sektor strategik utama seperti Bumiputera, Teknologi, Alam  Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”), Halal dan Pelancongan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai VFS serta program pembiayaan dan melangkaui  pembiayaan lain oleh SME Bank, layari www.smebank.com.my, Facebook SME Bank, atau  hubungi Pusat Panggilan Pelanggan SME Bank di 603-26037700. 

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.