Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Siri Program Turun Padang dan Dialog YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) bersama usahawan Bumiputera membuka tirai di Sungai Petani, Kedah hari ini. Program ini merupakan inisiatif
Kerajaan untuk mendapatkan input dan maklum balas secara langsung daripada Dewan Perniagaan serta komuniti usahawan di peringkat negeri, dengan penekanan khusus terhadap isu dan cabaran keusahawanan Bumiputera.
YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy telah dilantik sebagai Penasihat Khas MPUPK oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 11 April 2025.
Selain bertanggungjawab memperkasa PMKS di seluruh negara terutamanya pembangunan PMKS dan usahawan Bumiputera, Penasihat Khas MPUPK berperanan sebagai pengantara utama bagi meningkatkan kerjasama strategik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Program Turun Padang Penasihat Khas MPUPK dan dialog anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia ini berjaya menghimpunkan 220 peserta merangkumi usahawan dan syarikat Bumiputera serta wakil kerajaan negeri, agensi Persekutuan, pihak berkuasa tempatan, institusi kewangan, GLC, persatuan dan dewan perniagaan dari negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Kehadiran dan sambutan baik daripada pelbagai pihak mencerminkan komitmen bersama dalam memperteguh ekosistem keusahawanan di peringkat negeri dan wilayah.
YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy dalam ucapannya berkata, “Melangkah ke tahun 2026 iaitu permulaan tempoh Rancangan Malaysia Ke-13, Kerajaan terus komited dalam merencanakan hala tuju yang lebih tersusun dalam pembangunan PMKS negara. Sasaran negara adalah untuk meningkatkan sumbangan PMKS kepada ekonomi daripada 39.5% pada tahun 2024 kepada 50% menjelang tahun 2030."
"Meskipun ianya satu sasaran yang tinggi namun bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Justeru, pendekatan dialog secara terbuka seperti hari ini, diharapkan berupaya menangani isu-isu asas yang dihadapi usahawan seterusnya membolehkan PMKS menyumbang dengan lebih besar kepada ekonomi negara”.
Sesi Dialog bersama Usahawan Bumiputera yang menjadi pengisian utama program ini memberi ruang kepada usahawan menyuarakan secara langsung isu dan cabaran yang dihadapi dalam perniagaan.
Sesi tersebut turut menjelaskan peranan MPUPK dalam menyelaras dasar dan bantuan Kerajaan supaya benar-benar sampai kepada usahawan di peringkat akar umbi, di samping mengetengahkan pelbagai sokongan dan inisiatif Kerajaan bagi membantu PMKS Bumiputera.
Mengulas lanjut berkenaan MPUPK, YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Tetap MPUPK berkata, “Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan di bawah MPUPK yang merupakan badan tertinggi pembuat dasar bagi PMKS termasuk penambahbaikan pelaksanaan program melalui pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA)."
"Dengan penjajaran dan koordinasi bersepadu, SMEIPA dapat membantu dalam mengurangkan isu pertindihan dan masalah ketirisan dana di kalangan Kementerian dan agensi yang terlibat dalam pembangunan usahawan dan PMKS”.
Selain itu, pelbagai aktiviti turut telah disediakan antaranya forum, sesi perkongsian kejayaan, taklimat oleh SME Corp. Malaysia dan TERAJU, serta sesi padanan perniagaan.
Antara syarikat utama (anchor) yang terlibat adalah MYDIN Mohamed Holdings, Uniti Asia, MyGalore serta inisiatif Kerajaan, DesaMall@PERDA. Turut terlibat ialah Kumpulan Usahawan Gagasan Perlis dan FIKRISZ (M) Sdn. Bhd.
Hadir sama ke sesi dialog kali ini ialah YB Dato' Haji Rashidi bin Zinol, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YBhg. Dato’ Mohamad Haris Kader Sultan, Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp.Malaysia.