Siakap Keli
gempa bumi Myanmar
Gambar: METMalaysia

Lagi, Gempa Bumi Gegar Myanmar

Lagi, Gempa Bumi Gegar Myanmar

Satu lagi gempa bumi telah dilaporkan berlaku di Myanmar pada jam 10.25 pagi, sebentar tadi.

Gempa sederhana tersebut direkodkan pada koordinat 21.2° Utara dan 96.3° Timur, dengan magnitud 5.5 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa ini terletak 59 kilometer Timur Laut dari Meiktila, Myanmar, dengan kedalaman 10 kilometer.

Setakat ini, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia.

Negara Asia Tenggara itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah tengah, kawasan yang dihuni oleh 17 juta penduduk pada 28 Mac lalu.

Kira-kira 3,649 orang terkorban, 5,018 cedera dan 145 lagi masih hilang akibat bencana itu.

Untuk info, sejak 28 Mac, sebanyak 89 gegaran susulan direkodkan di Myanmar, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara itu.

BACA: Tun M Akhirnya Buka Kapsul Masa Wawasan 2020

BACA: 17 Laluan Ditutup Sementara Sempena Lawatan Rasmi Presiden China

BACA: Tiada Kompromi Terhadap Rasuah, Salah Guna Kuasa Dalam Kerajaan – PM 

Sumber: METMalaysia, BERNAMA

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.