Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Pak Lah Khairy Jamaluddin
Gambar: BERNAMA
Tiada Kategori

“Pak Lah pergi dalam keadaan tenang…” – Khairy Jamaluddin

Hannah

“Pak Lah pergi dalam keadaan tenang…” – Khairy Jamaluddin

Malam ini, kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang tokoh besar yang pernah mengemudi tampuk pemerintahan Malaysia, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pemimpin kesayangan ramai yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam tadi.

“Kesemua ahli keluarga, termasuk isteri dan anak-anak, berada di sisi Allahyarham pada saat-saat akhir hayatnya.

“Pak Lah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang tenang dan tenteram,” kata menantunya, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media hari ini.

Pak Lah akan dikebumikan di Makam Pahlawan

Menurut Khairy, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman beliau di Kuala Lumpur malam ini.

Pada pagi esok, jenazah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghormatan terakhir.

“Dari jam 11 pagi hingga 1 petang, jenazah akan ditempatkan di dewan solat utama Masjid Negara bagi memberi peluang kepada orang ramai menzahirkan penghormatan terakhir.

“Bagi mereka yang bukan beragama Islam, diminta hadir dengan pakaian yang sopan dan sesuai,” katanya.

Selepas solat Zuhur, solat jenazah akan diadakan, sebelum Allahyarham dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Dalam pada itu, pihak keluarga turut mengucapkan terima kasih atas semua ucapan takziah dan doa yang diterima daripada ramai.

BACA: Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

BACA: ‘Pak Lah’ Bukan Sekadar Pemimpin, Insan Berjiwa Besar Terapkan Naratif Baru Malaysia – Anwar

BACA: “Bagaikan abang dan teman rapat…” – Najib Razak

Sumber: BERNAMA