Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
"Steamboat"
Kredit: AFP

Sakit Tekak Lepas Makan “Steamboat”, Wanita Maut Akibat Jangkitan Bahaya

Athirah

Sakit Tekak Lepas Makan “Steamboat”, Wanita Maut Akibat Jangkitan Bahaya

Seorang wanita di Zhangzhou, China yang mengalami sakit tekak meninggal dunia selepas makan “steamboat” di salah sebuah restoran, lapor Mothership.

Difahamkan, wanita berusia 26 tahun itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 minit selepas dimasukkan ke dalam hospital.

Hospital Rakyat Zhengzhou memaklumkan bahawa wanita berkenaan sedang menikmati steamboat pedas bersama rakan-rakannya selepas bekerja lebih masa apabila dia mula berasa tidak selesa di tekaknya.

Pada mulanya, dia menyangka ia hanya sakit tekak biasa, lalu mengabaikan keadaan itu dan pulang ke rumah. Namun begitu, sakit tekak yang dialami bertambah teruk pada keesokan paginya.

Wanita tersebut menuju ke hospital setelah mula mengalami kesukaran bernafas, namun secara tiba-tiba dia rebah ke lantai selepas hanya 10 minit dimasukkan ke hospital.

Mothership melaporkan kakitangan hospital cuba menyelamatkannya, namun tidak berjaya dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Difahamkan, wanita itu mengalami jangkitan epiglottitis yang boleh membawa maut kerana ia menyekat aliran udara ke dalam paru-paru.

Terdapat kes yang sama pada tahun lalu

Pada Mei 2024, seorang lelaki berusia sekitar 30-an turut mendapatkan rawatan di hospital kerana mengalami sakit tekak.

Lelaki itu memberitahu dia telah mengambil ubat setelah mengalami selesema selama beberapa hari, namun bahagian tekaknya bertambah sakit selepas mengambil ubat tersebut.

Menurut Mothership, doktor mendapati bahawa lelaki itu bukan menghidap selesema biasa, sebaliknya mengalami epiglottitis akut. Sehubungan itu, mereka menyarankan agar dia dimasukkan ke hospital dengan segera supaya rawatan oksigen dapat diberikan.

Ketika menerima rawatan, lelaki berkenaan tiba-tiba berhenti bernafas, malah jantungnya turut terhenti. Bagaimanapun, dia telah berjaya diselamatkan selepas kakitangan hospital melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan menjalankan trakeotomi kecemasan ke atasnya.

BACA: Guna “Aircond” Semalaman Boleh Jejas Kesihatan, Ini Penjelasan Doktor

BACA: Gemar Hidu Stoking Kotor, Lelaki Disahkan Hidap Radang Paru-paru

BACA: Pak Lah Majukan Kepala Batas Daripada Pekan Koboi Kepada Bandar – Penduduk

Sumber: Mothership