Siakap Keli
Pelakon Jepun Mizuki Itagaki Meninggal
Gambar: Ig Mizuki Itagaki

Penyanyi, Pelakon Jepun, Mizuki Itagaki Meninggal Dunia

Penyanyi, Pelakon Jepun, Mizuki Itagaki Meninggal Dunia

TOKYO — Penyanyi dan pelakon Jepun, Mizuki Itagaki, dilapor meninggal dunia pada usia 24 tahun, lapor AsiaOne.

Berita duka itu dimaklumkan oleh keluarganya melalui satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story miliknya pada Khamis.

“Kami dengan dukacita memaklumkan bahawa pelakon Mizuki Itagaki telah meninggal dunia akibat satu insiden yang tidak diingini,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Mizuki dilapor telah hilang sejak akhir Januari berikutan penyakit mental yang dialaminya sejak tahun lalu sebelum pihak polis menemui mayatnya di Tokyo.

Dalam masa yang sama, pihak keluarga mendiang turut merakamkan penghargaan setulus hati kepada semua peminat yang menyokong Mizuki sepanjang hayatnya, termasuk kepada semua individu yang pernah menjaga dan membantunya.

Gambar: Ig Mizuki Itagaki

Untuk rekod, Mizuki Itagaki mula menceburkan diri dalam industri seni pada usia 10 tahun, dan merupakan ahli kumpulan J-pop M!lk dari tahun 2014 hingga 2020.

https://www.instagram.com/p/DEPakV5yGaH/

Beliau turut juga pernah membintangi beberapa filem dan drama terkenal termasuk Solomon’s Perjury (2015), Hana Moyu (2015), dan In-house Marriage Honey (2020).

Pada Mac 2024, Mizuki telah meninggalkan agensinya Stardust Promotion.

Sumber: AsiaOne

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.