Resipi Koktail Buah “Premium”, Letak Bahan Ini Untuk Rasa Lebih Sedap
Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perayaan yang paling dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia turut diraikan dengan pelbagai adat dan budaya yang mencerminkan keharmonian dan semangat muhibah masyarakat Malaysia.
Selain menjamu selera, rumah terbuka turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga.
Antara juadah yang sering menjadi tumpuan termasuk rendang, lemang, ketupat, sate, kuih-muih tradisional serta makanan moden yang diolah mengikut cita rasa semasa.
Dalam pelbagai juadah yang disediakan, pencuci mulut sering kali menjadi pelengkap yang menyegarkan di akhir hidangan. Salah satu pencuci mulut yang sering dihidangkan dalam majlis rumah terbuka ialah koktail buah.
Justeru, kali ini SK ingin kongsikan resipi koktail buah “premium” yang mudah disediakan. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @naninordin91.
Letakkan ‘bahan’ ini untuk menyedapkan lagi koktail buah
Untuk makluman, resipi ini boleh dihidangkan untuk 30 hingga 40 orang.
Anda memerlukan beberapa jenis buah-buahan segar seperti mangga, buah naga, dan anggur, serta satu tin laici dan satu tin koktel buah. Seterusnya, sediakan biji selasih yang telah direndam dan satu bekas nata de coco.
Selain itu, sediakan satu liter susu penuh krim, satu tin susu cair, setengah tin susu pekat, 400 ml krim putar, satu sudu teh garam dan satu bekas ais krim vanila sebagai pelengkap resipi pencuci mulut ini.
Cara-cara membuat koktail buah
Mula-mula, tapis air buah-buahan dalam tin dan potong buah-buahan yang telah disenaraikan mengikut kreativiti. Kemudian, campurkan kesemuanya dalam satu mangkuk yang besar.
Anda boleh masukkan nata de coco tanpa air sebanyak mana yang anda mahukan, bergantung pada keinginan tekstur dan rasa. Akhir sekali, tambah biji selasih yang sudah direndam dan kembang.
Langkah yang seterusnya adalah letak bahan-bahan seperti susu “full cream”, susu cair, susu pekat, krim putar, garam dan ais krim vanilla di dalam satu mangkuk berlainan.
Selepas itu, gaul rata sehingga semua bahan-bahan menjadi sebati, malah anda boleh menyesuaikan rasa manis mengikut selera masing-masing. Kemudian, tuangkan campuran bahan-bahan bersusu ke dalam bekas yang telah diisi dengan buah-buahan.
Jangan lupa masukkan bahan ‘istimewa’ iaitu ais krim vanila untuk menjadikan tekstur koktail buah lebih berlemak dan berkrim.
BACA: Sesuai Jadikan Hidangan Rumah Terbuka, Ini Resipi Roti Jala Lembut
@naninordin91 Resepi Premium Fruit Cocktail dgn buah2 yang meriah. Semua golongan berebut ye kalau sis buat ni untuk jamuan. Baik yang muda yang tua yang kanak2, miskin kaya, lelaki perempuan. Semua berebut.. Selamat mencuba gaisss. #capcut #potluck #fruitcoctail #cocktailbuah #jamuanraya #hariraya #CapCut
♬ Hari Raya – IamNeeta & Najwa Latif & Mimie Haris & Deanna Hussin
Sumber: @naninordin91 via TikTok