Tiada Lagi Pekerja Asing Di Gerai MBDK Bermula 1 Jun Ini
KLANG — Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan larangan pengambilan pekerja asing termasuk pemastautin tetap sebagai pembantu di semua gerai dan kios bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan itu, yang bakal berkuat kuasa mulai 1 Jun 2025.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di Facebook rasmi MBDK pada Jumaat semalam.
“Hanya warganegara Malaysia dibenarkan bekerja sebagai pembantu gerai. Semua pembantu juga wajib didaftarkan dengan MBDK,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan atas arahan Datuk Bandar Klang
Sumber: Facebook MBDK