Jalan Berlubang Di Jalan Cheras: Lorong Kiri Terhalang, Trafik Sesak
Sebuah jalan berlubang dikesan di Jalan Cheras berhampiran Stesen Minyak Taman Midah menghala ke Bulatan Billion, menyebabkan gangguan serius kepada aliran trafik pagi ini.
Insiden tersebut telah mengakibatkan lorong kiri di lokasi kejadian tidak boleh dilalui, sekali gus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sepanjang laluan berkenaan.
Difahamkan, skuad penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pemeriksaan.
Justeru, orang ramai yang melalui kawasan tersebut dinasihatkan agar memperlahankan kenderaan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.
Orang ramai juga digesa untuk merancang perjalanan dengan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
BACA: Meraung Rangkul Anak Tidak Bernyawa, Coretan Si Ayah Undang Hiba
BACA: Pemain Gitar Kumpulan Metal Terkenal Meninggal Dunia
BACA: Kerajaan Indonesia Dakwa Tarif AS Bagi Produk “Buatan Indonesia” Bukan 32 Peratus
Sumber: FB @KLCCC DBKL