Siakap Keli
Cenderahati Presiden China hadiah Loke
Gambar: Bernama

Cenderahati Kepada Presiden China Hadiah Peribadi  – Loke

Cenderahati Kepada Presiden China Hadiah Peribadi  – Loke

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) — Cenderahati ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China Xi Jinping baru-baru ini merupakan pemberian peribadi dan bukan mewakili kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata cenderahati itu barangan buatan Malaysia daripada Royal Selangor sebagai tanda penghargaan dan tidak seharusnya diperbesarkan.

“Itu (cenderahati) adalah hadiah peribadi (kepada Xi), saya tak cakap mewakili kerajaan,” katanya kepada media perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan majlis Raikan Kasih MADANI 2025, di sini hari ini.

Baru-baru ini Loke memberikan plak dengan ukiran naga kepada Xi sebelum beliau berlepas ke Kemboja selepas berada di Malaysia selama tiga hari bermula 15 April hingga 17 April lepas.

Susulan itu, Loke dikritik kerana memberikan cenderahati itu di pintu belakang dan juga ukiran naga dilihat tidak bersesuaian.

Namun beliau tampil memberikan penjelasan menerusi satu hantaran di Facebook rasminya menyatakan cenderahati itu diberikan berhampiran pintu belakang demi keselamatan Presiden China dan ukiran naga adalah simbol kekuatan, kebijaksanaan serta persahabatan dalam budaya Cina.

Sumber: BERNAMA 

BACA: JAKIM Arah Pengimport Tarik Balik Produk Makanan Dari Indonesia Mengandungi DNA Babi

BACA: AS Kenakan Duti Import Baharu Terhadap Panel Solar Dari Asia Tenggara

BACA: PRK Ayer Kuning: 90.4 Peratus Tunai Tanggungjawab Undi Awal Setakat Tengah Hari

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.