Siakap Keli
Gempa Bumi istanbul
Gambar: Bernama

Gempa Bumi Bermagnitud 6.2 Gegarkan Istanbul, Cetus Panik Meluas

Gempa Bumi Bermagnitud 6.2 Gegarkan Istanbul, Cetus Panik Meluas

ISTANBUL, 23 April (Bernama) – Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD), lapor Agensi Anadolu (AA).

Gempa bumi berlaku pada pukul 12.49 tengah hari waktu tempatan (0949 GMT) dan gegaran kuat dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah berdekatan, menyebabkan penduduk panik dan keluar meninggalkan bangunan.

Satu lagi gegaran susulan berukuran dengan magnitud 4.9 direkodkan pada pukul 1.02 tengah hari  (1002 GMT) dengan pusatnya terletak di luar pesisir Buyukcekmece di Laut Marmara.

AFAD memaklumkan bahawa semua agensi berkaitan dan pasukan tindak balas telah digerakkan, dengan penilaian di lapangan sedang dijalankan bagi menilai kerosakan dan memastikan keselamatan awam.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa pemantauan rapi sedang dijalankan dan tindakan kecemasan sedang diselaraskan.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan besar.

Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdoğan dalam kenyataan berkata pihak berkuasa sedang memantau perkembangan dengan teliti.

Sumber: Bernama

BACA: Produser Musik Terkedu Ferrari Terbakar Hanya Sejam Selepas “Delivery”

BACA: Rancangan Baharu Trump Cetus Perdebatan Hangat

BACA: Malaysia Airlines Kini Jenama Syarikat Penerbangan Paling Pesat Berkembang Di Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.