Siakap Keli
Ferrari Terbakar
Gambar: X @GC5R5OGIKgV0yvz

Produser Musik Terkedu Ferrari Terbakar Hanya Sejam Selepas “Delivery”

Produser Musik Terkedu Ferrari Terbakar Hanya Sejam Selepas “Delivery”

Seorang produser muzik Jepun terkejut apabila Ferrari 458 Spider yang dibelinya selepas 10 tahun menabung, terbakar hanya sejam selepas dihantar ke rumahnya.

Difahamkan, kejadian malang ini berlaku pada 16 April lalu di Shuto Expressway, Tokyo.

Ketika kejadian, Honkon, seorang produser muzik muda berusia 33 tahun, baru sahaja memandu kereta impiannya itu untuk ujian pemanduan pertama.

Honkon, yang juga dikenali sebagai produser bagi kumpulan idola Jepun Chocorabi, berkongsi kisah tragis ini di X (Twitter).

Dia menyatakan bahawa dia hanya sempat memandu kereta tersebut beberapa minit sebelum asap putih mula keluar dari enjin Ferrari.

Pada mulanya, Honkon menyangka asap tersebut datang dari kereta lain di sebelahnya.

Namun, apabila kereta tersebut semakin menjauh, barulah dia menyedari bahawa asap tersebut datang dari Ferrari miliknya.

Dengan segera, Honkon memberhentikan keretanya di tepi jalan, keluar dari kereta dan menghubungi bomba.

Dalam masa 20 minit berikutnya, dia hanya mampu melihat keretanya terbakar hampir musnah.

https://x.com/Mackey_0430/status/1912384069666779566

Walaupun berasa sangat kecewa dengan nasib yang menimpanya, Honkon tetap bersyukur kerana selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, pihak Polis Metropolitan Tokyo mengesahkan bahawa tiada tanda-tanda perlanggaran pada Ferrari tersebut, namun siasatan masih diteruskan.

Punca kebakaran dipercayai bermula dari enjin kereta, namun penyebab sebenar masih belum diketahui.

BACA: Rancangan Baharu Trump Cetus Perdebatan Hangat

BACA: Dua Dari Tiga Pemain Malaysia Tidak Sertai Asean All Stars

BACA: Malaysia Airlines Kini Jenama Syarikat Penerbangan Paling Pesat Berkembang Di Dunia

Sumber: Oddity Central, NDTV

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.