Siakap Keli
lelaki maut ditembak memandu
Gambar: Video Tular

Lelaki Maut Ditembak Ketika Memandu 

Lelaki Maut Ditembak Ketika Memandu 

KUCHING — Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika memandu di Jalan Stephen Yong, Kuching, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 5.30 pagi selepas dua lelaki hadir ke Balai Polis Batu Kawa untuk melaporkan kejadian berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa ditemui terbaring di dalam kereta dipercayai terkena tembakan semasa memandu di jalan berkenaan.

Kata beliau, mangsa disahkan maut selepas terdapat kesan tembakan pada bahagian kepala.

Tambah Mohd Irwan, kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, ASP Sylvarius di talian 013-863 7241 bagi membantu siasatan,” maklum kenyataan itu.

https://www.facebook.com/polisdaerahpadawan/posts/pfbid02UmCTyKFbhqeXBv8Qxb9YdmpqV5LL3WEVUrHfjgiKQwQkwgiyTqkrVxJz9HjaoZoel

Sumber: Polis IPD Padawan

BACA: Anggota Polis Putus Telinga Akibat Digigit Lelaki Warga Asing

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.