Siakap Keli
Putera Tidur koma
Gambar: Roya News

‘Putera Tidur’ Sambut Ulang Tahun Ke-36 Dalam Koma

‘Putera Tidur’ Sambut Ulang Tahun Ke-36 Dalam Koma

RIYADH — Putera Al-Waleed bin Khaled bin Talal, yang dikenali sebagai ‘Putera Tidur’ menyambut ulang tahunnya yang ke-36 pada Jumaat, 18 April lalu, lapor Roya News.

Difahamkan, Putera diraja Arab Saudi itu tidak sedarkan selama hampir dua dekad sejak tahun 2005, selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya serius di London.

Beberapa hantaran di media sosial mengenai keadaan Putera Al-Waleed tular, dengan orang ramai berdoa dan berharap kesembuhan terhadapnya.

Dalam laporan itu memaparkan, Putera Al-Waleed masih bergantung kepada alat sokongan hayat termasuk mesin ventilator dan tiub penyusuan.

Sebelum ini, pada 2019 keadaannya menunjukkan sedikit perkembangan terdapat tanda-tanda ringkas tindak balas terhad apabila jarinya bergerak, dan kepalanya beralih sedikit, namun tidak ada kemajuan yang didokumenkan sejak itu.

Sehingga kini, Putera Al-Waleed dirawat di Pusat Perubatan King Abdulaziz di Riyadh, di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan.

Ibu bapanya, Putera Khaled Talal dan Puteri Reema Talal, terus berpegang teguh pada iman.

Meskipun dunia perubatan bercakap dengan penuh berhati-hati mengenai keadaannya, keluarga Putera Al-Waleed tetap tidak berganjak daripada harapan mereka.

Dalam kenyataan sebelum ini, Putera Khaled menegaskan pendiriannya untuk tidak menghentikan sokongan hayat terhadap anaknya.

Menurut laporan, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh keluarga diraja itu bersempena ulang tahun Putera Al-Waleed pada tahun ini.

Sumber: Roya News

BACA: 5 Negara IQ Tertinggi & Terendah

BACA: Negara “Ini” Dijangka Bakal ‘Lenyap’ Dari Dunia

BACA: “Ini” Negara Pertama Dijangka ‘Pupus’ Dari Dunia, Tak Sangka Ini Sebabnya

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.