Siakap Keli
Gambar: IG Samuel French/IMDb

Pelakon “Killers of the Flower Moon”, Samuel French Meninggal Dunia

Pelakon “Killers of the Flower Moon”, Samuel French Meninggal Dunia

Pelakon filem “Killers of the Flower Moon”, Samuel French, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 45 tahun.

Difahamkan, Samuel menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu di sebuah hospital di Waco, Texas.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Samuel meninggal dunia akibat kanser yang telah merebak ke seluruh tubuhnya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Gambar: Instagram/samuelfrenchactor

Berita pemergian beliau juga disahkan oleh Paul Sinacore, pengarah filem terakhir lakonan Samuel bertajuk “Towpath” yang masih belum ditayangkan.

Dalam filem arahan Martin Scorsese itu, Samuel membawakan watak ejen CJ Robinson, bergandingan bersama pelakon terkenal Leonardo DiCaprio.

“Samuel adalah sahabat yang amat saya kasihi dan seorang pelakon yang luar biasa.

“Beliau mempunyai semangat luar biasa dalam bidang lakonan, jujur, berani dan penuh jiwa. Beliau memberikan segalanya dalam setiap babak lakonannya, dan ia jelas kelihatan.

“Saya amat sedih atas kehilangan ini dan berharap beliau sempat menonton hasil akhir filem tersebut. Samuel adalah insan yang istimewa dan akan terus hidup dalam ingatan kami.

“Hati saya turut bersedih buat keluarganya, terutama anak perempuannya yang sangat beliau kasihi. Samuel sering menyebut anaknya dengan penuh kebanggaan dan kelembutan.

“Persahabatan kami memberi kesan yang begitu mendalam dalam hidup saya,” kata Paul dalam satu kenyataan.

Untuk info, Samuel dilahirkan pada 1980 dan membesar di Clifton, Texas. Beliau meninggalkan seorang anak perempuan bernama Madison, 12.

BACA: Lapan Maut, Tiga Cedera Parah Kemalangan Libatkan Kenderaan FRU Di Teluk Intan – Polis

BACA: Kemalangan Lori FRU: Jumlah Mangsa Maut Meningkat Kepada Sembilan, Semua Anggota FRU

BACA: Kemalangan FRU: Masalah Stereng Lori Batu Dipercayai Punca Insiden

Sumber: Metro UK

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.