Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Sembuh Dengan Makanan: Rahsia Penawar Semula Jadi
Gambar AI
Tiada Kategori

Sembuh Dengan Makanan: Rahsia Penawar Semula Jadi

suhaila

Sembuh Dengan Makanan: Rahsia Penawar Semula Jadi

Sejak ribuan tahun dahulu, makanan bukan sekadar menjadi sumber tenaga harian malah turut dimanfaatkan sebagai penawar semula jadi untuk pelbagai penyakit.

Sebelum kewujudan ubat-ubatan moden, manusia bergantung sepenuhnya kepada kekayaan alam seperti herba, rempah, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk tujuan penyembuhan dan penjagaan kesihatan.

Biarpun dunia perubatan semakin canggih kini, kesedaran tentang manfaat makanan sebagai penawar terus mendapat tempat kerana sifatnya yang lebih selamat.

Namun begitu, untuk mendapatkan manfaat sebenar, bukan sahaja pemilihan makanan perlu tepat, malah cara pengambilannya juga memainkan peranan penting.

Tanpa kaedah yang betul, khasiat makanan boleh berkurang dan menjadi menjadi sia-sia.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan mengenai beberapa jenis makanan yang mempunyai rahsia sebagai penawar semula jadi.

Tidak kira sama ada untuk detoksifikasi, menguatkan imuniti atau meredakan masalah pencernaan. Pilihan makanan yang tepat mampu membantu anda sembuh dengan rawatan semula jadi yang paling mudah dari dapur anda sendiri.

1. Halia

Halia terkenal dengan sifat anti-radang dan membantu melancarkan sistem pencernaan. Untuk kesan optimum, hirisan halia boleh direbus bersama air sehingga mendidih, lalu diminum suam sebagai teh herba.

Pengambilan halia selepas makan membantu membuang angin, melegakan kembung dan meningkatkan metabolisme.

Elakkan penggunaan berlebihan dalam satu masa kerana rasanya yang kuat boleh menyebabkan rasa panas badan.

Selain itu, halia juga membantu meredakan loya, terutama bagi ibu hamil atau mereka yang mengalami mabuk perjalanan.

Pengambilan secara konsisten dalam kuantiti sederhana mampu memperbaiki kesihatan usus secara semula jadi.

Ketahui Rahsia Penawar Semulajadi dan Sembuh Dengan Pengambilan Makanan

2. Kunyit

Kunyit mengandungi kurkumin yang berfungsi sebagai anti-radang semula jadi. Ia boleh dicampurkan dalam masakan harian seperti gulai atau sup.

Untuk tujuan kesihatan dalaman, minuman kunyit asam atau campuran kunyit dengan madu dan air suam amat berkesan untuk melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan dan menyokong fungsi hati.

Sebaiknya ia diambil pada waktu pagi atau sebelum tidur. Kunyit juga dikenal pasti dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh serta memperbaiki kesihatan kulit dari dalam.

Mengamalkan kunyit segar lebih digalakkan berbanding serbuk bagi memastikan nutriennya terpelihara.

3. Madu

Selain itu, pengambilan madu juga dapat memberikan banyak manfaat kepada badan. Madu asli kaya dengan enzim, mineral dan antioksidan.

Cara pengambilan terbaik ialah satu sudu madu diambil terus sebelum sarapan atau dilarutkan dalam air suam. Ia membantu meningkatkan tenaga, melegakan sakit tekak dan menguatkan sistem imun.

Elakkan mencampurkan madu dengan air panas mendidih kerana suhu tinggi boleh merosakkan enzim bermanfaat dalam madu.

Selain sebagai minuman, madu juga boleh dijadikan masker muka semula jadi bagi melembapkan kulit dan merawat iritasi. Pastikan madu yang digunakan adalah 100% tulen tanpa campuran gula tiruan.

4. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi allicin, sebatian aktif yang berfungsi sebagai antibiotik semula jadi. Ia boleh dimakan mentah dalam kuantiti kecil setiap pagi, sebaiknya dicincang halus dan dibiarkan selama 10 minit sebelum ditelan bersama air suam.

Ini membolehkan bahan aktifnya bertindak lebih efektif dalam tubuh.

Bagi yang tidak tahan bau kuat, bawang putih juga boleh dimasak ringan tanpa mengurangkan khasiatnya sepenuhnya. Pengambilan secara rutin turut membantu mengawal paras kolesterol serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian moden turut membuktikan bawang putih berkesan dalam meningkatkan daya ketahanan badan terhadap jangkitan.

5. Buah Delima

Buah delima adalah antara buah superfood yang kaya dengan nutrien penting dan manfaat kesihatan. Jus delima yang segar dapat membantu untuk mengurangkan tekanan darah, melindungi jantung dan melawan radikal bebas.

Pengambilan segelas jus delima tanpa gula tambahan, dua hingga tiga kali seminggu sudah memadai untuk mendapatkan manfaat kesihatannya.

Sebaiknya ambil pada waktu pagi atau tengah hari agar nutrien dapat diserap dengan lebih efisien. Delima juga membantu meningkatkan kesuburan dan keseimbangan hormon, terutama dalam kalangan wanita.

Bijinya yang kaya dengan serat turut menyokong sistem penghadaman dan membantu proses detoksifikasi tubuh.

BACA : “Grounding”: Reset Badan & Emosi Secara Semula Jadi

6. Daun Pegaga

Daun pegaga terkenal dalam perubatan tradisional Melayu sebagai herba untuk menyegarkan tubuh, mencantikkan kulit dan menyokong fungsi otak.

Ia boleh diambil dalam bentuk jus segar atau dijadikan ulam bersama hidangan harian. Sebaik-baiknya, pegaga dikisar dengan sedikit air kosong tanpa gula, dan diminum dua hingga tiga kali seminggu bagi memastikan kesan positif jangka panjang.

Daun pegaga juga dikatakan mampu menenangkan saraf dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi secara semula jadi.

Pengambilan jangka panjang membantu memperbaiki fungsi kognitif serta memberi kesan positif kepada kesihatan kulit.

7. Betik

Betik yang kaya dengan enzim papain dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Terutamanya dalam memecahkan protein dan mengelakkan sembelit.

Ia juga mengandungi vitamin C, A dan antioksidan yang berperanan meningkatkan imuniti tubuh serta melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.

Cara terbaik menikmati betik ialah memakannya segar sebagai snek harian atau dijadikan jus tanpa tambahan gula. Betik juga baik diambil pada waktu pagi untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih cekap sepanjang hari.

Selain itu, pengambilan betik secara konsisten dapat membantu menjaga kesihatan kulit dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman.

8. Pisang

Pisang terkenal sebagai buah yang kaya dengan kalium, magnesium dan vitamin B6 yang sangat penting untuk menjaga kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah.

Ia juga membekalkan tenaga segera dan sesuai dijadikan pilihan snek sihat sebelum atau selepas bersenam. Untuk manfaat terbaik, pilih pisang yang matang sempurna dan dimakan begitu sahaja tanpa dimasak, kerana proses memasak boleh mengurangkan kandungan nutrien.

Pisang juga membantu melancarkan sistem pencernaan, mengurangkan rasa lapar berpanjangan, serta berkesan dalam menstabilkan kadar gula darah secara semula jadi.

Oleh itu, makanan sebagai penawar bukan mitos atau kepercayaan lapuk. Ia adalah amalan turun-temurun yang disokong oleh sains moden melalui kajian nutrisi dan keberkesanannya.

Dengan pemilihan bahan yang betul dan cara pengambilan yang sesuai, makanan boleh menjadi langkah pencegahan, rawatan ringan dan penyokong utama kesihatan menyeluruh.

Melalui pendekatan semula jadi ini, kita bukan sahaja dapat menjaga tubuh badan daripada penyakit, malah menghargai anugerah alam yang penuh manfaat.

Semoga bermanfaat.

Sumber : sciencedirect, healthline

BACA : 7 Tabiat Biasa Penyebab Mesin Basuh Cepat Rosak