Siakap Keli
FB Naeamah Balqis
Gambar: FB Naeamah Balqis

Anak ‘Pergi’ Dalam Tidur, Ibu Bapa Datang Kolej Bawa Pulang Barang Arwah

Anak ‘Pergi’ Dalam Tidur, Ibu Bapa Datang Kolej Bawa Pulang Barang Arwah

Setiap anak dalam dunia ini, sekental mana pun jiwanya, pasti menyimpan satu ketakutan paling dalam, iaitu kehilangan ibu dan ayah.

Mereka adalah tempat kita berpaut sejak kecil, tempat tumpah segala rasa kasih, tempat kembali bila dunia terasa sempit.

Tapi, dalam diam kita takut kehilangan mereka, pernahkah kita menyelami perasaan seorang ibu dan ayah apabila mereka pula yang kehilangan kita, anak yang selama ini menjadi cahaya dalam hidup mereka?

Bayangkan, seorang ibu yang mengandungkan anaknya sembilan bulan, menyusukan, mendodoikan, menyuap makanan dan mencium dahi setiap malam.

Tiba-tiba, perlu akur bahawa tubuh kecil itu kini terbujur kaku, dijemput kembali oleh Maha Pencipta.

Inilah kisah menyayat hati yang dikongsikan oleh seorang wanita bergelar “ibu”, yang baru sahaja kehilangan cahaya matanya.

“Ibu akan belajar ikhlas pulangkan pinjaman yang paling cantik..paling baik..paling sempurna ini kepada Pemberi..”

Begitulah bait kata pilu yang ditulis si ibu dalam satu hantaran media sosial.

Difahamkan, Iman Balqis Che Lokman, 20, pelajar Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar, dikhabarkan ‘pergi’ dalam tidur, pada Jumaat lalu.

Dalam satu video, kelihatan si ibu menangis sambil memeluk dan mencium jasad anaknya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Terlihat jelas rapuhnya hati seorang ibu yang baru kehilangan sebahagian jiwanya. Tiada siapa dapat memahami perit itu, melainkan mereka yang pernah melaluinya.

Terima Kasih Allah sudi pinjamkan kami anugerah terindah ini walau hanya untuk 20 tahun sahaja…

Bertuahnya anak Ibu…Allah ambil dengan cara yang paling baik sekali…Semoga Syurga tempatmu anakku..

Jangan lupa ceritakan kat sana bahawasanya Iman pernah ada Ibu dan Ayah yang baik di persinggahan sementara di dunia ini..

Sayang sampai Syurga…

“Ibu Ayah datang Kolej Iman nak bawa balik barang-barang Iman…Kami sampai hujan renyai-renyai semacam mewakili hati kami semua..”

Lebih menyayat hati, dalam video terkini yang dimuat naik, ibu dan ayah arwah dilihat tiba di kolej tempat anak mereka menuntut ilmu.

Bukan untuk membawa anak tercinta pulang bercuti, tetapi untuk mengemas dan membawa pulang segala barangan peribadi arwah dari bilik kediaman kolej.

Melangkah masuk ke bilik kediaman arwah, si ibu tidak mampu menahan sebak mengingatkan itulah tempat terakhir anaknya sebelum ‘pulang’ ke alam abadi.

Bayangkan betapa luluhnya hati seorang ibu dan ayah yang memegang bantal tempat anaknya tidur buat kali terakhir.

Dah banyak hari Ibu tak dapat mesej pemakluman anak ibu keluar kolej sbb setiap kali Iman nak keluar kena touch kad Iman dekat guard..Terus dapat mesej kat Ibu…Allahu..rindu sangat!!!

Ibu rasa Ibu dah kuat…Tapi tak mampu juga nak menapak masuk kolej Iman…lebih2 lagi ke bilik Iman…2 tahun Iman kat KPMBP..laluan setiap hari Iman kat sini..Bilik inilah tempat terakhir kali Iman di dunia ini semasa saat dan ketika Iman dijemput pulang kepada Nya…

Ibu nampak Iman tengah tidur atas katil tu… tenang..selesa..nyenyak sangat…!!!!Bukan tak redha…tp rindu sangat2!!!

Semoga Allahyarhamah Iman Balqis ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, dan semoga ibu bapa arwah diberikan kekuatan menghadapi ujian yang berat ini.

BACA: Nahas FRU: Anak 12 Tahun Imamkan Jenazah Ayah Tercinta

BACA: Sebak, Bapa Dedah Perjuangan Anak Sebelum Raih Keputusan Cemerlang SPM

BACA: Anak Kongsi Perbualan Sebelum Ayah ‘Pergi’ Buat Ramai Sebak

Sumber: FB Naeamah Balqis

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.