Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
perjuangan senyap anak spm
Kredit: Ammar Kamilin
Tiada Kategori

Sebak, Bapa Dedah Perjuangan Anak Sebelum Raih Keputusan Cemerlang SPM

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sebak, Bapa Dedah Perjuangan Anak Sebelum Raih Keputusan Cemerlang SPM

Dengan pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 24 April, berlalu sudah keperitan penantian bagi sebahagian besar rakyat Malaysia. Pelbagai reaksi dan gelagat dikongsi hampir di semua media sosial.

Ada yang meraikan keputusan dengan senyuman lebar bergambar bersama ibu bapa, ada juga yang menitiskan air mata apabila terkenang kembali segala usaha, perit jerih yang dilalui.

Dalam keramaian, ada juga yang tidak berasa teruja, diam seribu bahasa tanpa keinginan untuk bersama meraikan saat paling bersejarah ini. Melihat anak lelakinya yang enggan hadir ke sekolah bagi menerima sekeping kertas bercetak tanpa sebarang kata membuatkan jiwa seorang bapa meronta, tertanya-tanya.

Tidak disangka, ada luka dalam yang terpendam dalam jiwa si teruna. Ikuti perkongsian Ammar Kamilin, tentang perjuangan senyap anak lelakinya sepanjang berada di bangku sekolah bagi menghadapi peperiksaan SPM.

“Abah minta maaf..”

Malam sebelum keputusan diumumkan, awak masih bertungkus lumus di kiosk D’Apple Fried Chicken (DAFC) membasuh ayam. Pukul 11.30 malam baru balik rumah. Katanya, esok dah nak cuti, kasihan kawan-kawan yang kena bekerja. Jadi, awak cuba bantu selesaikan sebanyak yang mungkin.

Tak seperti hari-hari biasa, yang paginya sukar untuk awak terjaga dek keletihan. Pagi semalam, sebelum subuh lagi awak dah terjaga dan bercerita tentang mimpi pada abah. Abah hanya tersenyum.

Memang abah sudah sedia reda dengan apa saja keputusan. Bukan saja awak. Malah untuk semua anak abah. Abah memandang usaha. Kerana usaha boleh kita kawal, tetapi tidak dengan keputusan. Terserah pada guru yang menanda kertas jawapan.

Apabila awak awalnya seolah-olah ‘menolak’ untuk pergi ke sekolah mengambil keputusan. Jujurnya abah tak faham. Apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran awak?

Apabila awak beberapa kali mengusulkan hanya abah dan mama yang pergi ke sekolah, abah terpinga-pinga mengapa itu yang awak mahu?

Tidak mahukah awak berjumpa dengan guru-guru yang mendidik awak selama 5 tahun di sekolah? Bukankah ramai dalam kalangan mereka yang awak puji-puji sangat baik kepada awak? Tidak gembirakah awak mahu bertemu semula dengan “blood brothers” yang susah senang bersama awak di asrama dulu? Yang sepanjang cuti ini bersusah payah cuba menghubungi awak setelah awak menutup semua akaun media sosial.

Abah memang tak faham. Sungguh abah bingung.

Mujurlah saat akhir, selepas berkali-kali memujuk, awak mengangguk menurut permintaan kami. Tapi… Langsung tiada riak teruja di wajah awak. Abah tak faham awak, Iman.

Abah tak dapat iringi awak semalam. Saat akhir, terpaksa menghadiri mesyuarat penting. Tapi selesai saja mesyuarat, melihat “screenshot” keputusan yang awak kirimkan. Abah terdiam, Iman. Air mata turun laju tak dapat dibendung.

Kejutan apa yang awak hadiahkan ini?

Melihat rakaman video awak naik ke atas pentas menerima slip. Kemudian ditahan oleh pengetua lama dan lama kalian bercakap-cakap sambil ditepuk bahu berulang-ulang kali. Abah sebak, Iman. Abah hilang kata.

Jika abah sendiri terkejut. Apatah lagi cikgu-cikgu yang melihat bagaimana awak bergelut mendaki dari kedua terakhir dalam tingkatan yang beratus pelajarnya sehingga mencapai keputusan begini.

Maafkan abah, dulu pernah hampir hilang percaya pada Iman, sampai terfikir, betulkah abah menahan awak di ‘sana’ atau perlu abah keluarkan awak. Tapi awak berkeras mahu teruskan sehingga selesai di tempat awak bermula. Dan malam tadi, abah baru faham mengapa awak ‘tidak teruja’ untuk ke sekolah.

Adik awak memahamkan abah.

Dia kata, Iman selalu rasa dia ‘beban’ kepada sekolah dan abah mama sebab banyak buat masalah. Dia ‘beban’ kepada kawan-kawan kerana result dia selalu teruk dan jatuhkan rating batch. Dia ‘beban’ kepada keluarga kerana tak cemerlang seperti kakak dan adik. Sebab itu, abang Iman tak rasa nak pergi ke sekolah, abah.

Abah menangis lagi apabila adik awak ceritakan begitu.

Ya Allah … Sampai begitu ‘beban’ rasa yang awak tanggung, Iman. Abah minta maaf, abah tak faham awak. Tapi Allah Maha Adil, Iman. Hasil jarang mengkhianati usaha.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahuakbar!

Awak buktikan pada cikgu, pada abah dan mama, pada kakak dan adik-adik, pada kawan-kawan Iman, pada semua orang, Iman bukanlah ‘beban’. Tapi Iman, simbol tak pernah mengaku kalah, selagi perjuangan belum diselesaikan. Abah saksi kepada perjuangan itu.

Jika satu hari nanti awak terbaca tulisan ini, abah nak awak tahu, abah tak pernah anggap awak ‘beban’. Awak hanya ujian untuk abah lebih memperbaiki diri supaya memahami fikiran, emosi dan perasaan seorang anak. Abah percaya pada awak, Iman.

Awak selalu sebut, “Satu hari nanti, Iman nak abah bangga dengan Iman.” Dan abah hanya diam.

Tapi ini abah tulis.

Sejak awak lahir, abah sudah banyak kali bangga dengan awak. Tak perlu mana-mana hari. Cuma mungkin abah yang tak pandai menunjukkan emosi abah. Maafkan abah.

Tahniah Iman!

Abah bangga dengan usaha Iman. Abah syukur dengan keputusan Iman. Abah berdoa, Allah terus pandu Iman untuk kehidupan ini, sampai sama-sama kita berkampung di syurga nanti. Insya-Allah, amin.

Sumber: Facebook Ammar Kamilin

BACA: Pilu, Pelajar Cemerlang SPM 9A MARA Tak Hadir Ambil Keputusan Sebab Kekangan Wang

BACA: Air Mata Kesyukuran Mak Ayah Iringi Calon SPM 2024 Ambil Keputusan