Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
sebab kapal buang air
Gambar: International Registeries Inc

Rupanya Ini Sebab Kenapa Kapal Besar ‘Buang Air’ 

Nur Alissa

Rupanya Ini Sebab Kenapa Kapal Besar ‘Buang Air’

Setiap kapal yang berlayar di lautan direka dengan tujuan yang berbeza, baik dari segi saiz, bentuk, mahupun fungsinya.

Misalnya, kapal kecil bertujuan untuk memuatkan beberapa orang penumpang, sementara kapal bersaiz gergasi, dibina khusus untuk membawa muatan barangan dalam jumlah yang besar.

Tapi, pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana kapal-kapal kargo besar yang berlabuh di pelabuhan mampu terapung dan belayar tenang di permukaan laut tanpa tenggelam?

Lebih pelik, ada pula air yang seakan-akan tersembur keluar dari bahagian permukaan luar bawah kapal. Sebenarnya, ia dipanggil sistem pengurusan air pemberat, atau lebih dikenali sebagai ballast water system.

Oleh itu, SK akan berkongsi lebih lanjut tentang bagaimana sistem ini berfungsi, dan mengapa ia sangat penting dalam industri perkapalan global.

Apa itu Sistem Pengurusan Air Pemberat?

Sistem Pengurusan Air Pemberat ini membantu mengimbangi berat kapal, menyesuaikan kedudukan dan kestabilan kapal semasa dalam perjalanan.

Dalam bahasa yang mudah, air digunakan sebagai bahan pemberat yang lebih selamat untuk kestabilan kapal.

sistem blast
Gambar: Offshore Energy Biz

Fungsi Pengurusan Air Pemberat “Ballast”

Apabila kapal memerlukan pemberat, air akan dipam masuk ke dalam tangki pemberat daripada laut atau perairan berhampiran lokasi kapal. Ini menambah berat di bahagian bawah dan sisi kapal, sekali gus meningkatkan kestabilannya.

Sebaliknya, apabila pemberat tidak lagi diperlukan (contohnya apabila kapal mula memuatkan kargo dan berat kapal bertambah), air pemberat akan dipam keluar semula ke laut.

Air pemberat juga boleh dibuang di daratan ketika kapal berlabuh di pelabuhan, namun amalan ini jarang dilakukan kerana kosnya tinggi serta memerlukan peralatan khas dan proses yang kompleks.

Perkara ini menunjukkan tangki pemberat merupakan komponen penting dalam reka bentuk sesebuah kapal, dengan bilangan dan saiznya berbeza mengikut jenis dan struktur kapal.

Difahamkan, kapal secara amnya mempunyai pemberat air kira-kira 25 hingga 30 peratus daripada jumlah berat muatan, mengikut saiz kapal.

Kepentingan Sisten Pengurusan Air Pemberat

Air pemberat sangat penting bagi memastikan pengendalian kapal berjalan dengan selamat. Ia digunakan untuk melaraskan taburan dan jumlah berat kapal agar kapal dapat terapung dalam keadaan tegak serta berada dalam situasi yang selamat dan stabil.

Air pemberat berfungsi untuk mengimbangi perbezaan muatan yang dibawa oleh kapal pada waktu yang berbeza, termasuk perubahan berat ketika proses memuat dan memunggah kargo. Ia juga memberikan kestabilan dan kebolehan untuk mengemudi sepanjang pelayaran kapal.

Sumber: Clear Seas

BACA: Kandungan Kena Ori, Ini Cara “Monetize” Di FB

BACA: Ramai Salah Faham, Rupanya Ini Maksud Sebenar Tentatif

BACA: Top 25 Negara Dengan Tahap IQ Tertinggi Di Dunia