Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kandungan Kena Ori, Ini Cara “Monetize” Di FB
Dalam keadaan barangan di seluruh dunia semakin melonjak naik dan tidak stabil, ramai yang fokus kepada membeli atau membayar barangan keperluan yang penting buat seisi keluarga.
Ramai juga yang mengambil beberapa kerja sampingan bagi menampung kos sara hidup, sama ada mempromosikan produk secara langsung dan atas talian ataupun membuat kerja sambilan.
Namun, apa yang penting adalah kebajikan individu tetap terjaga, lagi-lagi keluarga yang mempunyai anak kecil.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Zameer Pentbrush, berkongsi satu info menarik yang umum boleh lakukan untuk membuat side income yang dibayar oleh Facebook melalui cara ini.

Umum tahu, ramai yang masih menggunakan Facebook untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna platform media sosial ini untuk mencari rezeki.
Menurut hantaran Zameer, kita boleh memperoleh wang saku melalui tetapan Penjanaan Pendapatan (monetization) hanya dengan bergiat aktif di dalam aplikasi ini.
Apa yang anda perlu buat adalah, mengubah mode Facebook anda kepada mode Profesional dan klik butang Monetize untuk periksa sama ada anda layak untuk terima bayaran insentif atau tidak.

Sekiranya layak, anda boleh lanjut ke langkah seterusnya dengan mengisi nombor cukai dan nombor tin yang anda boleh dapatkan melalui carian di Google setelah mengisi maklumat diminta oleh MyTax.
Selesai kesemua langkah yang dituntut dan permohonan anda diluluskan oleh Facebook, barulah anda boleh mula ‘bekerja’ dengan sering muat naik story, hantaran gambar atau reel.

Walau bagaimanapun, mereka yang tidak lulus semasa membuat permohonan, anda akan diberikan tugasan untuk diselesaikan sebelum anda sambung mendaftar seperti yang tertera di atas.
Menurut Meta, antara syarat yang perlu dipatuhi untuk menjana wang di Facebook adalah dengan membuat kandungan di tempat yang ‘layak’. Ia merujuk kepada Halaman Facebook, Profil dalam Mod Profesional, Acara dan Kumpulan.
Anda juga mesti tinggal di negara yang layak dan mempunyai ketersediaan ciri atau produk yang ditetapkan.
Paling penting, anda perlu mematuhi garis panduan berkenaan peraturan yang telah ditetapkan oleh Facebook. Kandungan seperti seruan kepada keganasan, bersifat seksual dan ucapan kebencian perlu dielakkan.
Selain itu, kandungan juga perlu mematuhi content monetisation policies yang ditetapkan berdasarkan Piawaian Komuniti.
Anda juga tidak boleh berkongsi kandungan palsu atau tidak sahih. Jika anda didapati telah melanggar peraturan tersebut, anda mungkin tidak layak untuk menjana pendapatan di media sosial itu.
Malah, kandungan yang diterbitkan juga mestilah asli daripada anda. Bukan yang dikongsi semula dari halaman lain.
Dalam pada itu, anda juga perlu bersedia untuk mengikuti syarat pembayaran yang telah ditetapkan oleh Facebook.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Zameer Pentbrush via Facebook