Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
barcelona la liga
Kredit: AFP

Barcelona Rangkul Gelaran Juara La Liga Buat Kali ke-28

Azizah Najib

Barcelona Rangkul Gelaran Juara La Liga Buat Kali ke-28

Jaringan menakjubkan yang dilakukan Lamine Yamal & Fermin Lopez telah membantu Barcelona meraih gelaran juara La Liga buat kali ke-28 dalam perlawanan menentang Espanyol pada Khamis.

Barcelona mengesahkan kemenangan 2-0 ke atas Espanyol, sekaligus memintas Real Madrid yang tidak dapat mengejar mereka di puncak carta.

Yamal membuka jaringan selepas 53 minit perlawanan bermula sebelum Lopez menambah satu lagi jaringan pada minit ke-95.

“Sudah tiba masanya untuk meraikannya. Inilah yang saya mahu daripada pemain, mereka sentiasa cuba untuk menjadi lebih baik dan mempunyai keinginan untuk belajar ” kata jurulatih Barcelona, Hansi Flick.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium RCDE di Cornella de Llobregat itu, Barcelona berjaya menguasai bola tetapi gagal mencipta peluang yang jelas pada separuh masa pertama.

Namun memasuki separuh masa kedua, mereka berjaya mengekalkan rentak permainan dan Yamal berjaya mencetak gol.

“Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan tentang Yamal, dia menjaringkan gol yang menakjubkan,” kata Lopez.

BACA: Barcelona Kembali Rampas Takhta Juara La Liga

Walaupun Espanyol memberikan tekanan kepada Barcelona, namun ia tidak mematahkan semangat Lopez untuk menjaringkan gol kedua.

Penjaga gol, Wojciech Szczesny juga telah melakukan penyelamatan yang baik di bahagian gawang, sekaligus merobek peluang Espanyol untuk mendapatkan jaringan.

Pun begitu, kemenangan Barcelona ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong Espanyol. Mereka telah melemparkan botol ke arah pemain Barcelona.

“Jelas sekali kami tidak boleh meraikan kemenangan atas padang. Ia juga mengenai penghormatan kepada peminat di sini, jadi sudah tentu kami meraikannya di bilik persalinan.

“Esok saya akan berdiri sedikit di belakang dan menikmatinya. Saya senang hati apabila melihat orang ramai gembira dan tersenyum,” kata Flick.

Sementara itu, satu insiden juga dilaporkan telah berlaku di luar stadium sebelum perlawanan. Beberapa penyokong Espanyol telah dilanggar oleh sebuah kereta namun tiada yang cedera parah.

Sumber: AFP

BACA JUGA: Mechamato Nombor 1 Di Platform Penstriman China Lepas 72 Jam Ditayangkan