Siakap Keli
Puting Beliung Ribut Di AS
Gambar: X

Kira-Kira 27 Maut Akibat Puting Beliung, Ribut Di AS

Kira-Kira 27 Maut Akibat Puting Beliung, Ribut Di AS

Sekurang-kurangnya 27 maut selepas beberapa puting beliung dan ribut kuat melanda bahagian tengah Amerika Syarikat (AS) sejak lewat Jumaat lalu, menyebabkan kemusnahan besar di negeri Missouri, Kentucky dan Virginia.

Datuk Bandar St. Louis, Cara Spencer menyifatkan bencana itu sebagai antara yang terburuk dalam sejarah bandar itu, lapor New York Times.

https://x.com/FOX9/status/1923401298193342902

Kentucky catat jumlah kematian tertinggi

Menurut New York Times, Kentucky menjadi negeri paling teruk terjejas dengan sekurang-kurangnya 18 orang terkorban.

Gabenor Andy Beshear menyuarakan kebimbangan kemungkinan jumlah korban meningkat apabila pasukan penyelamat masih meneruskan pencarian.

“Ada kawasan perumahan yang keseluruhan baris rumahnya lenyap. Saya bimbang ada kawasan yang semua penghuninya terkorban,” katanya.

Daerah Laurel di Kentucky mencatat 17 kematian, dan satu lagi kematian berlaku di Daerah Pulaski. Manakala, sepuluh mangsa lain dilaporkan kritikal.

Difahamkan, mangsa yang terkorban berusia antara 25 hingga 76 tahun, dengan kebanyakan mereka berumur lebih 60 tahun.

Bandar kecil London, yang terletak di kawasan pergunungan Appalachia, turut dilanda kehancuran besar.

Di Lapangan Terbang London-Corbin, hangar pesawat musnah sepenuhnya, dengan sebuah pesawat ditemui dalam keadaan terbalik.

Menurut pengurus lapangan terbang, Matthew Singer, tiada kakitangan cedera, namun beberapa bangunan rosak teruk.

Sementara itu, di Virginia, dua orang maut selepas pokok tumbang menghempap kenderaan mereka.

Jumlah puting beliung dikesan meningkat

Menurut Jabatan Kajicuaca Kebangsaan (NWS), sebanyak 26 puting beliung telah disahkan pada hari kejadian, kebanyakannya berlaku di Indiana dan Kentucky.

Walaupun angka ini tidak setinggi rekod 107 puting beliung dalam satu hari pada 2 April lalu, negeri seperti Missouri dan Kentucky masih belum pulih sepenuhnya daripada bencana terdahulu tahun ini.

Di Missouri, tujuh orang maut termasuk lima di St. Louis, manakala dua lagi di daerah Scott. Dianggarkan kira-kira 5,000 bangunan rosak akibat ribut.

Amaran ribut baharu

Jabatan Kajicuaca turut memberi amaran bahawa ribut baharu dijangka melanda dari Ahad hingga Isnin di kawasan selatan Great Plains, termasuk Oklahoma dan Texas Utara.

Kejadian itu berkemungkinan membawa hujan batu bersaiz besar serta angin kencang di beberapa kawasan seperti Dallas dan Fort Worth.

BACA: Tragedi Belon Udara Panas Terbakar, Seorang Maut

BACA: Lelaki Maut Dibaham Singa Peliharaan Di Halaman Rumah

BACA: Rusia, Ukraine Akan Bertemu Di Istanbul Buat Pertama Kali Sejak 2022

Sumber: New York Times, FOX 9/X

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.