Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Mat Saleh Sekeluarga Pandai Cakap Melayu, Curi Tumpuan Ramai

Hannah
Mat Saleh cakap Melayu
Kredit: TikTok @muslieyusof

Mat Saleh Sekeluarga Pandai Cakap Melayu, Curi Tumpuan Ramai

Malaysia semakin mendapat perhatian dunia, bukan hanya sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

Malah, negara kita kian popular dalam kalangan warga asing yang mahu melanjutkan pelajaran atau memulakan kehidupan baharu, termasuklah persaraan.

Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial menarik perhatian ramai apabila seorang pemilik warung roti canai berkongsi pengalamannya menerima kunjungan sekeluarga Mat Saleh ke warungnya.

Menariknya, walaupun baru pertama kali bertemu, pemilik warung menggambarkan kemesraan mereka seolah-olah seperti sudah lama kenal.

Fasih cakap Melayu – “Duk penang, loghat ganu”

Difahamkan, lelaki Mat Saleh tersebut yang dikenali sebagai Osmand, merupakan seorang pelajar yang sedang menuntut di Pulau Pinang.

Beliau tinggal di Malaysia sejak tiga tahun lalu bersama isteri dan dua orang anaknya.

Namun apa yang betul-betul memukau netizen ialah Osmand yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

“Wajahnya nampak terharu dan bangga bila saya beritahu ramai rakyat Malaysia puji dia dan keluarga sebab fasih cakap Melayu, walaupun baru 3 tahun tinggal kat sini,” kongsi pemilik warung itu.

Lebih membanggakan, Osmand juga tidak lokek untuk berkongsi pandangannya terhadap masyarakat Malaysia.

Katanya, beliau amat menghargai sikap rakyat negara ini yang rata-ratanya berbudi bahasa, ramah dan sangat baik hati.

“Dan yang paling dia kagum, rakyat Malaysia dapat hidup dalam suasana yang aman harmoni walau berbagai kaum,” kata pemilik warung itu lagi.

Namun, bukan itu sahaja, anak mereka juga faham dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

BACA: MAS, AirAsia Kemas Kini Format Nama Penumpang Bagi Tempahan Tiket Penerbangan

BACA: Top 10 Mata Wang Paling Bernilai Di Dunia 2025

BACA: Aksi Udara TUDM Gamatkan Pembukaan Rasmi Lima’25 Hari Ini

Sumber: TikTok @muslieyusof