Siakap Keli
Rakyat Malaysia Terima Anugerah WHO
Gambar: KKM/FB

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah WHO

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah WHO

Tiga rakyat Malaysia dilaporkan telah menerima Anugerah Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD) 2025 anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Rantau Pasifik Barat, baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara penerima anugerah berprestij itu termasuklah Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Turut menerima pengiktirafan sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr. Noraryana Hassan serta Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Profesor Madya Dr. Murallitharan Munisamy.

“Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada kepimpinan berterusan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sejak 2019 dalam memacu dasar kawalan tembakau negara, disokong oleh peranan utama Dr. Noraryana Hassan dalam merangka pelaksanaan dasar dan intervensi kesihatan awam, serta sumbangan Dr. Murallitharan Munisamy dalam memperkukuh advokasi, penyediaan bukti teknikal dan kerjasama rentas sektor,” tulis KKM.

Difahamkan, anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, sempena Persidangan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) yang berlangsung di Geneva.

https://www.facebook.com/reel/1467478831328139

Dalam kenyataannya, KKM menegaskan bahawa pengiktirafan ini adalah hasil pendekatan “whole-of-society” yang menyeluruh, sekaligus menjadikan Malaysia antara negara barisan hadapan dalam melindungi rakyatnya daripada ancaman nikotin dan produk tembakau.

Tambah KKM, antara kejayaan utama Malaysia dalam bidang ini termasuklah pelaksanaan larangan merokok di semua premis makanan sejak Januari 2019.

Selain itu, pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang turut meliputi kawalan terhadap produk vape dan nikotin baharu, serta pelancaran Inisiatif Kesihatan Paru-Paru Kebangsaan 2025–2030.

Secara keseluruhan, pengiktirafan WHO ini bukan sahaja membuktikan kesungguhan negara dalam melindungi kesihatan awam.

Malah, ia turut mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara yang komited melindungi generasi akan datang daripada bahaya ketagihan nikotin dan penyakit berkaitan tembakau.

BACA: Perolehan Hampir RM1.19 Bilion Perkasa Maritim Malaysia Dalam Menjaga Keselamatan Perairan Negara

BACA: Raptai ASEAN: Beberapa Jalan Ditutup Pada Esok, Khamis

BACA: China Lancar 100 Lori Lombong Elektrik Tanpa Pemandu

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.