Siakap Keli
gadis jepun lelaki malaysia kacak
Gambar: TikTok @girlsinterviewjapan

Gadis Jepun Anggap Lelaki Malaysia Antara Paling Kacak Di Asia

Gadis Jepun Anggap Lelaki Malaysia Antara Paling Kacak Di Asia

Seperti yang kita sedia maklum, rupa paras memainkan peranan penting dalam memberikan tanggapan pertama atau first impression ketika berinteraksi secara sosial.

Ini kerana wajah merupakan cerminan awal terhadap seseorang itu.

Sejak dari kecil, individu memiliki bentuk wajah, tona kulit dan ciri-ciri rupa paras yang berbeza-beza.

Kepelbagaian inilah yang menjadikan manusia unik, malah ia turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti genetik, persekitaran geografi, budaya, serta sejarah keturunan yang diwarisi sejak turun-temurun.

Contohnya, mereka yang berasal dari kawasan beriklim panas biasanya mempunyai kulit yang lebih gelap sebagai adaptasi semula jadi terhadap cahaya matahari, manakala individu dari kawasan sejuk pula cenderung memiliki kulit yang lebih cerah.

Gadis Jepun Anggap Lelaki Malaysia Kacak

Dalam video tular baru-baru, dua gadis dari Jepun menganggap kebanyakan lelaki kacak dari Asia datang dari Malaysia.

Menerusi perkongsian video pengguna TikTok @girlsinterviewjapan, menunjukkan dua gadis dari negara matahari terbit itu ditemu bual mengenai soalan itu.

Negara Manakah Di Asia Yang Mempunyai Ramai Lelaki Kacak?

Gambar: TikTok @girlsinterviewjapan

Antara negara yang ditanyakan dalam temu bual itu termasuklah Korea Selatan, China, Iran, Thailand, Bangladesh, Myanmar, India, Filipina, Indonesia dan termasuklah Malaysia.

Bagaimanapun, mereka berdua berpendapat bahawa kebanyakan lelaki Asia yang kacak berasal dari Malaysia.

Gadis Jepun Dedah Sebab Kenapa Pilih Malaysia

“Saya rasa mereka mempunyai bentuk muka yang cantik,” katanya.

“Saya lihat TikToker Malaysia dalam TikTok, dan dia kelihatan sangat cool,” kata seorang lagi gadis.

@girlsinterviewjapan

Which country in Asia has the most handsome guys? #japaneseinterview #japanesegirl #girlsinterviewjapan #streetinterview

♬ オリジナル楽曲 – Girls Interview Japan – Girls Interview Japan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar jawapan yang diberikan oleh dua gadis berkenaan.

“Kita hensem cuma salah negara,” seloroh seorang pengguna.

“Tak percaya Korea Selatan kalah pada India.

“Jejaka Malaysia lagi hensem la dari Korea,” komen seorang lagi.

“Oh maknanya aku hensem lah ni,” seloroh seorang pengguna.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat tontonan hampir 300,000 dengan lebih 16,000 tanda ‘Suka’ termasuk pelbagai komen daripada pengguna.

Sumber: TikTok @interviewjapan

BACA: Mat Saleh Sekeluarga Pandai Cakap Melayu, Curi Tumpuan Ramai

BACA: Mat Saleh Dedah Kenapa Pulau Di Malaysia Lebih Baik Daripada Maldives

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.