Lelaki 47 Tahun Sah Bergelar Suami Kepada Wanita 70 Tahun
Sesungguhnya, cinta tidak pernah mengenal masa, jarak mahupun usia. Ia hadir tanpa sebarang tanda, dan kadang-kala menyapa jiwa pada saat yang paling tidak dijangka.
Itulah kisah manis pasangan Mohd Shaiful Nizam Yeop Mat Isa, 47, dan Rapeah Sani, 70, yang menyulam cinta walaupun berbeza usia sebanyak 23 tahun.
Kisah cinta mereka bermula pada Oktober tahun lalu, apabila Shaiful pulang dari Kuala Lumpur dan tinggal berjiran dengan Rapeah.
Pada mulanya, hubungan mereka hanya sebagai jiran tetangga biasa. Namun, perasaan mula berkembang secara perlahan dan menjadi lebih istimewa.
Untuk info, pasangan ini selamat diijabkabulkan dan diraikan dalam majlis kenduri beramai-ramai di Lenggong, Perak, yang turut dihadiri oleh lebih 25,000 tetamu.
Mereka melangsungkan akad nikah pada 7 April 2025 dan disandingkan bersama 24 pasangan lain dalam majlis yang berlangsung pada 25 Mei 2025.
Majlis tersebut adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan serta Majlis Pelancongan Lenggong.
BACA: Wanita Kongsi Detik Terakhir Sebelum Abah ‘Pergi’, Buat Ramai Sayu Hati
BACA: Kajian Dedah Bahaya “Calar” Pada Periuk Teflon
BACA: Terhibur Tengok Haziq Nadzli Explain Pasal “Offside” Dekat Isteri
Sumber: Astro Awani