Siakap Keli
Manchester United Di Malaysia
Kredit: Shekinah PR via Astro Awani

Manchester United Tiba Di Malaysia

Manchester United Tiba Di Malaysia

Manchester United sudah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Isnin menerusi penerbangan Malaysia Airlines dengan kod MH8477 sekitar jam 6.34 petang.

Kehadiran skuad gergasi Eropah itu adalah sempena perlawanan menentang pasukan ASEAN All-Stars dalam aksi Piala Cabaran Maybank yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini, jam 8.45 malam.

Antara pemain bintang Manchester United yang kelihatan menuruni tangga pesawat ialah kapten pasukan, Bruno Fernandes, pemain tengah Casemiro serta pemain muda sensasi, Alejandro Garnacho.

Sepanjang berada di Kuala Lumpur, skuad The Red Devils dipercayai akan menginap di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sebagai persiapan menjelang aksi persahabatan itu.

https://x.com/501Awani/status/1926965947887223149?t=NNifRxXpf0Dfk8t1Zu2Qfw&s=19&fbclid=IwY2xjawKhO85leHRuA2FlbQIxMABicmlkETFaenZpUFlMb3B3WmtDV3dvAR5lOY1p1VVzo_nG8ghFJh-XUaLIGPj_dncVI7Ph5ghfL7fir_3cQhjIlIKrCQ_aem_g1hWgkLCtbyu7B8c39G0iA

Untuk makluman, kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia adalah pada tahun 2009 menerusi siri jelajah pramusim.

Ketika itu, mereka berjaya menewaskan Malaysia XI dalam dua perlawanan dengan keputusan 3-2 dan 2-0 yang berlangsung pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional.

Perlawanan kali ini turut mendapat sambutan hangat dengan lebih 60,000 tiket dilaporkan telah terjual, membuktikan keterujaan luar biasa para peminat tempatan.

Selepas perlawanan di Malaysia, skuad Manchester United dijadual meneruskan siri jelajah pramusim mereka ke Hong Kong.

BACA: Fakta Trofi Liga Perdana Inggeris, Diperkenal Sejak 1992

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.