Siakap Keli
Kredit: FB เหยี่ยวข่าว ภาคใต้ Newshawk South

Nak Baling Ke Rumah Bekas Teman Wanita, Bom Tangan Meletup Dalam Genggaman

Nak Baling Ke Rumah Bekas Teman Wanita, Bom Tangan Meletup Dalam Genggaman

SURAT THANI, THAILAND: Seorang lelaki meninggal dunia selepas bom tangan yang dipegangnya meletup dalam kejadian yang berlaku di sebuah kediaman di Surat Thani Thailand pada Ahad lalu.

Mangsa, 35, dipercayai berniat membaling bom tersebut ke rumah bekas teman wanitanya setelah pujukannya untuk berbaik semula ditolak oleh wanita tersebut.

Namun, sebelum sempat bom tersebut mendarat ke sasaran, ia meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Empat individu lain yang berada di situ juga mengalami kecederaan akibat letupan tersebut.

Walau bagaimanapun, sebelum kejadian ini berlaku, mangsa didakwa bertindak ingin menikam wanita terbabit menggunakan sebilah gunting sebelum dihalang penduduk sekitar.

Mangsa kemudian bergegas semula ke kenderaannya untuk mengambil sebuah bom tangan M26 lalu menarik pin dan melemparkannya kepada kumpulan penduduk.

Memetik laporan Khaosod English, bom tersebut tidak terus meletup, membuatkan mangsa mengambil semula bom itu.

Malangnya, ketika dia memegang semula bom itu, letupan berlaku.

Mayat mangsa ditemui berlumuran darah sementara tiga ahli keluarga bekas teman wanitanya cedera dan dibawa ke hospital bagi menerima rawatan manakala bekas teman wanitanya selamat tanpa sebarang kecederaan.

Sementara itu, pihak polis juga menemui 500 gram dadah jenis methamphetamine yang terkandung dalam sebuah botol yang diletakkan dalam kereta lelaki itu.

Pada tahun 2020, mangsa telah dipenjara selama lima bulan atas sabitan kesalahan dadah.

Sumber: Mothership

BACA: Pelakon Korea Selatan, Choi Jung Woo Meninggal Dunia

BACA: “Saraf Putus,” Terkena Mata Pisau Pengisar, Anak Bonda Rozita Jalani Pembedahan

BACA: Tak Semua Buah Retak Sebab Jatuh, Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.