Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pelakon veteran Korea Selatan, Choi Jung Woo dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun.
Memetik Koreaboo, berita duka itu telah dimaklumkan oleh agensi mendiang, Bless ENT dalam satu kenyataan hari ini.
“Pelakon Choi Jung Woo telah meninggal dunia. Punca spesifik kematian masih belum didedahkan,” kata agensi itu.
Bagaimanapun, pelakon itu dilaporkan bergelut dengan penyakit kronik sebelum ini.
Dilahirkan pada 1957, mendiang telah memulakan kerjaya seni pada tahun 1975 menerusi drama The Life of an Actor. Beliau juga bekerja sebagai pelakon teater di syarikat teater Shinshi.
Pada tahun 1980, mendiang turut bekerja sebagai pelakon suara untuk Dongyang Broadcasting. Sejak itu, beliau mula mengembangkan kerjaya seninya dan muncul di dalam banyak filem dan drama, lapor Maeil Business Newspaper.
Mendiang dikenali melalui beberapa drama popular seperti The Legend of the Blue Sea, City Hunter dan Doctor Stranger. Antara filem yang dibintanginya adalah Two Cops, Public Enemy 2 dan Kind Geum Ja Si.
Sumber: Koreaboo
BACA JUGA: Pelakon Veteran Korea Selatan, Kang Myung Joo Meninggal Dunia