Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
park min jae meninggal
Kredit: Soompi

Pelakon Korea Selatan, Park Min Jae Meninggal Dunia

Azizah Najib

Pelakon Korea Selatan, Park Min Jae Meninggal Dunia

Pelakon Korea Selatan, Park Min Jae meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melancong di China. Menurut laporan Soompi, mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 November lalu dan majlis pengebumian akan dijalankan di dewan pengebumian Hospital Ewha Seoul pada 4 Disember.

Difahamkan, mendiang yang berusia 32 tahun itu diketahui tidak mempunyai sejarah penyakit.

Berita duka tersebut disampaikan oleh adik mendiang menerusi muat naik di laman Instagram.

“Abang kesayangan kami telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kami berharap ramai yang akan datang ke majlis pengebumian mendiang,” luahnya.

BACA: Hidap Kanser, Isteri Cikgu Din Meninggal Dunia

Berita berkenaan turut disahkan oleh agensi Park Min Jae, Big Title menerusi satu kenyataan rasmi.

“Salam sejahtera. Ini agensi pelakon Park Min Jae, Big Title. Park Min Jae, seorang pelakon yang berbakat, suka berlakon dan sentiasa berikan yang terbaik telah meninggal dunia.

“Kami amat menghargai sokongan yang mendiang terima. Biarpun kami tidak lagi dapat melihat persembahannya, kami akan tetap mengingati mendiang sebagai pelakon yang berharga di Big Title.

“Takziah buat mendiang,” maklum agensi berkenaan.

Ketika kerjaya seninya, Park Min Jae mula mendapat perhatian apabila berlakon dalam “IDOL: The Coup” pada tahun 2021. Mendiang kemudiannya mula menerima projek-projek berprestij seperti “Little Women”, “Numbers” dan “Korea-Khitan War”. Mendiang turut membintangi siri drama lapan episod, “Snap and Spark”.

BACA: Bekas “Drummer” MCR, Bob Bryar Meninggal Dunia

Terdahulu, dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal, Kim Soo Mi pada 25 Oktober lalu.

Menurut Allkpop, mendiang yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun itu meninggal dunia akibat serangan jantung. Ia berpunca dari penyakit berkaitan usia. Mendiang yang terpaksa berulang-alik ke hospital akibat masalah kesihatan terpaksa berhenti seketika dari kerjaya seninya.

Namun, mendiang kembali muncul pada September lalu. Kemunculannya menimbulkan rasa khuatir dalam kalangan peminat yang rata-rata bimbang dengan keadaan kesihatan mendiang yang kelihatan masih lemah ketika itu.

BACA: Pelakon Terkenal Drama Korea, Kim Soo Mi Meninggal Dunia

Sumber: Soompi, Allkpop