Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
buah retak
Kredit: SHS Kebun Nurseri Pokok
Tiada Kategori

Tak Semua Buah Retak Sebab Jatuh, Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu

Nur Alissa

Tak Semua Buah Retak Sebab Jatuh, Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu

Penanaman buah-buahan merupakan salah satu sektor pertanian yang penting dalam menyumbang kepada bekalan makanan tempatan dan juga eksport negara. Dengan iklim tropika yang sesuai, Malaysia kaya dengan pelbagai jenis buah seperti durian, mangga, pisang dan rambutan.

Namun, di sebalik hasil buah lebat yang dilihat, pelbagai cabaran dihadapi oleh pekebun bagi mendapatkan buah yang sihat seperti serangan serangga dan penyakit. Semasa memilih buahan, mesti anda pernah nampak buah yang terbelah retak.

Sebenarnya, retakan ini bukan sahaja terjadi disebabkan buah terjatuh ke tanah, malah ia boleh berlaku secara semula jadi sebelum dipetik dari pokok.

Sehubungan itu, hari ini SK bawakan penerangan melalui hantaran Facebook SHS Kebun Nurseri Pokok mengenai masalah buah retak. Baca sehingga selesai untuk ketahui solusi masalah ini.

Kenapa Kulit Buah Retak

masalah kulit buah retak
Kredit: SHS Kebun Nurseri Pokok

Kenapa rambutan ni boleh senyum?

Kami selalu mendapat pertanyaan daripada pekebun buah mereka retak atas pokok. Buah seperti tomato, rambutan, nangka, mangga dan lain-lain, akan retak sekiranya kulit buah tidak cukup kuat.

Ini gejala biasa khasnya pada musim hujan. Buah menyerap terlalu banyak air dan mengembang. Kulit yang tidak cukup kuat akan retak disebabkan tekanan dari buah di dalam.

Kulit buah tidak cukup kuat disebabkan kekurangan kalsium.

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan buah jatuh sebelum matang. Ini disebabkan tangkai buah tidak cukup kuat dan bila buah semakin besar, beratnya akan menyebabkan tangkai patah.

Kalsium dapat menebalkan dan menguatkan sel-sel kulit supaya mereka boleh tahan tekanan daripada buah dan menguatkan tangkai buah supaya boleh tahan berat buah.

masalah kulit buah retak
Gambar: Bebeja

Kalsium boleh didapati daripada kapur pertanian. Tetapi bila gejala buah retak telah muncul, ia telah terlalu lambat untuk membekalkan kalsium dengan kapur.

Untuk menangani masalah buah retak dan jatuh, kita boleh menggunakan baja foliar kalsium yang disemburkan terus kepada daun-daun supaya kalsium dapat diserap dan digunakan dengan segera.

Baja foliar kalsium yang kami cadangkan Baja Kalsium Orgaink VitaCa yang tidak toksik, tiada kandungan bahan kimia, selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Sumber: SHS Kebun Nurseri Pokok via Facebook

BACA: Pekebun Kongsi Cara Pilih Harum Manis Matang

BACA: Jangan Terus Buang Kulit Pisang, Rupanya Boleh Dijadikan Baja Tanaman

BACA: Kajian Dedah Bahaya “Calar” Pada Periuk Teflon