Siakap Keli
Gambar: AI/ImageFX

7 Tumbuhan Berbahaya Yang Anda ‘Wajib’ Jauhi

7 Tumbuhan Berbahaya Yang Anda ‘Wajib’ Jauhi

Alam semula jadi memang sinonim dengan keindahan dan ketenangan. Namun, di sebalik panorama yang memukau itu, tersembunyi bahaya yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ramai tak sangka, ada tumbuhan yang nampak biasa, malah ada yang cantik menawan, sebenarnya boleh membawa maut hanya dengan satu sentuhan atau ‘gigitan’ kecil.

Justeru, mari kita kenali 7 tumbuhan beracun paling berbahaya yang wajib anda jauhi.

1. Water Hemlock (Cicuta maculata)

Gambar: iNaturalist

Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Amerika Utara, Water Hemlock kelihatan seperti tumbuhan biasa dalam keluarga lobak putih atau parsli.

Akar tumbuhan ini mengandungi cicutoxin, sejenis toksin yang boleh menyebabkan sawan kuat, kekejangan abdomen, muntah, dan akhirnya kematian.

Sekalipun terselamat, mangsa boleh mengalami hilang ingatan kekal atau gegaran seumur hidup. Jangan tertipu dengan bentuknya yang mirip sayur-sayuran boleh dimakan.

2. Deadly Nightshade (Atropa belladonna)

Gambar: iNaturalist

Tumbuhan ini mempunyai sejarah yang menakutkan. Dalam legenda, tentera Macbeth dikatakan meracun musuh dengan minuman berasaskan buahnya yang manis.

Buah hitam berkilatnya seakan ceri dan mudah menarik perhatian kanak-kanak.

Namun, ia mengandungi atropine dan scopolamine yang boleh melumpuhkan otot termasuk jantung.

Malah, sentuhan pada daunnya sahaja boleh menyebabkan iritasi kulit. Jangan biarkan keindahan buahnya memperdaya anda.

3. White Snakeroot (Ageratina altissima)

Gambar: iNaturalist

Tumbuhan ini kelihatan tidak berbahaya, namun pernah menyebabkan kematian ibu kepada Abraham Lincoln, Nancy Hanks.

White Snakeroot mengandungi trematol, sejenis alkohol beracun.

Manusia boleh diracun bukan kerana memakan tumbuhan ini, tetapi melalui daging atau susu lembu yang telah memakannya.

Ini dikenali sebagai keracunan susu, yang menyebabkan hilang selera makan, loya, kelemahan dan kematian.

4. Castor Bean (Ricinus communis)

Gambar: Gardenia.net

Pokok hiasan yang menarik ini berasal dari Afrika dan menghasilkan minyak kastor.

Namun, bijinya yang belum diproses mengandungi ricin, sejenis racun maut.

Hanya satu atau dua biji boleh membunuh kanak-kanak, manakala lapan biji boleh membunuh orang dewasa.

Racun ini pernah digunakan untuk membunuh wartawan Bulgaria, Georgi Markov pada tahun 1978.

Kesan racun termasuk muntah teruk, cirit-birit, sawan, dan akhirnya kematian.

5. Rosary Pea (Abrus precatorius)

Gambar: Gardenia.net

Juga dikenali sebagai biji saga, tumbuhan ini kerap digunakan dalam perhiasan dan tasbih.

Namun, di sebalik keindahan warnanya yang merah dengan titik hitam, tersembunyi racun abrin yang sangat berbahaya.

Hanya 3 mikrogram abrin cukup untuk membunuh seorang dewasa, kurang daripada satu biji penuh.

Sekiranya biji ini tercalar, pecah atau tergigit, racunnya boleh menyebabkan kegagalan organ dalam masa 4 hari.

6. Oleander (Nerium oleander)

Gambar: Gardenia.net

Cantik tapi beracun. Oleander sering ditanam sebagai pokok hiasan di taman dan halaman rumah kerana bunganya yang menarik.

Namun, semua bahagiannya beracun, termasuk daun, bunga, dan batangnya.

Ia mengandungi glikosida jantung seperti oleandrin dan neriine yang boleh menyebabkan muntah, denyutan jantung tidak menentu, sawan, koma, dan kematian.

Malah, madu dari lebah yang hinggap pada bunga ini juga boleh menjadi beracun.

7. Tembakau (Nicotiana tabacum)

Gambar: Cambridge University Botanic Garden

Walaupun tumbuhan ini biasa ditemui dalam rokok dan digunakan secara komersial, jangan terpedaya.

Daun dan bahagian lain pokok ini mengandungi nikotin dan anabasine, dua sebatian beracun yang boleh membawa maut jika dimakan.

Nikotin adalah sejenis racun jantung yang membunuh lebih 5 juta orang setiap tahun melalui penggunaannya yang meluas. Dalam bentuk mentah, tumbuhan ini adalah sangat berbahaya.

BACA: Hala Tuju Ronaldo Selepas Tinggalkan Al-Nassr Cetus Tanda Tanya

BACA: Tip: Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni Sebelum Pasang CCTV Di Rumah

Sumber: Britannica

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.