Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Penyanyi Lagu ‘Anak’ Meninggal Dunia Pada Usia 72 Tahun
MANILA — Penyanyi dan penulis lagu Filipina, Freddie Aguilar, yang terkenal dengan lagu hit antarabangsa “Anak”, meninggal dunia pada usia 72 tahun di Manila, lapor AFP.
Menurut media tempatan, beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sewaktu menerima rawatan di Philippine Heart Center, menerusi hantaran media sosial oleh isterinya, Jovie Albao-Aguilar.
Menurut profil beliau di platform muzik Spotify, kerjaya seninya bermula dengan membuat persembahan lagu-lagu saduran untuk anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di Filipina.
“Hari ini bukan ucapan selamat tinggal, hanya perpisahan buat sementara.
“Ia satu perjuangan yang hebat kerana kita lalui bersama,” tulis Albao-Aguilar di laman Facebook miliknya.
Aguilar memeluk Islam pada tahun 2013 ketika berusia 60 tahun bagi membolehkan beliau berkahwin dengan Albao-Aguilar yang ketika itu berusia 16 tahun, di bawah peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam Filipina.
Pada tahun 2018, Senat Filipina melalui satu resolusi khas telah mengiktiraf beliau atas “sumbangan cemerlang sepanjang hayat dalam seni dan budaya Filipina.”
Resolusi tersebut turut menyebut beliau sebagai “satu-satunya penyanyi dan komposer yang berjaya menembusi pasaran Barat dan meraih pengiktirafan global yang besar, sekali gus mengharumkan nama negara.”
Lagu “Anak”, yang mengisahkan cabaran membesarkan anak yang bermasalah, telah terjual lebih daripada 30 juta salinan di seluruh dunia.
BACA: Tip: Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni Sebelum Pasang CCTV Di Rumah