Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Facundo Tomás Garcés/IG

Rasmi: Facundo Garcés Sah Milik Harimau Malaya

Hannah

Rasmi: Facundo Garcés Sah Milik Harimau Malaya

Pemain pertahanan tengah kelahiran Argentina, Facundo Garcés kini sah menyertai skuad senior Harimau Malaya secara rasmi.

Berita pengesahan ini diumumkan menerusi kenyataan rasmi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia menerusi laman Facebook Malaysia NT, yang menyatakan bahawa Garcés telah melengkapkan segala proses pendaftaran dan kelayakan untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 25 tahun itu bukanlah nama asing dalam dunia bola sepak. Beliau pernah beraksi dalam liga utama Argentina dan baru sahaja menamatkan musim bersama kelab Deportivo Alavés dalam La Liga.

Kehadirannya ke dalam skuad kebangsaan disifatkan sebagai satu suntikan besar dari segi kualiti, pengalaman serta kepimpinan di benteng pertahanan.

“Facundo mempunyai perwatakan yang kuat. Seorang pertahanan yang tenang dengan personaliti yang hebat serta pengalaman di peringkat tertinggi. Dia sangat bersemangat untuk mewakili Malaysia dan berbangga dalam mengharumkan nama negaranya,” kata Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Clamovski.

Sementara itu, Garcés sendiri meluahkan rasa teruja dan penghargaan kerana diberi peluang untuk menyarung jersi negara.

“Menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan ini adalah satu penghormatan yang luar biasa. Sejak tiba, saya telah merasai kehangatan, semangat kekeluargaan, dan sokongan yang ikhlas dari semua.

“Jika ini baru permulaan, saya tidak dapat bayangkan betapa hebatnya bila seluruh negara dan penyokongnya berdiri teguh bersama kami. Saya bersedia memberikan segala-galanya demi Malaysia,” katanya.

Untuk info, Garcés kini telah menyertai kem latihan Harimau Malaya sempena jendela perlawanan antarabangsa FIFA dan layak untuk diturunkan dalam perlawanan penting Kelayakan Piala Asia AFC menentang Vietnam yang akan datang.

https://www.facebook.com/share/v/1BxUVbLbaF/

BACA: Cuaca Panas: 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga

Sumber: Malaysia NT/FB