Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Hilangkan Bau Hapak Dalam Peti Sejuk Guna Bahan Dapur
Gambar AI
Tiada Kategori

Hilangkan Bau Hapak Dalam Peti Sejuk Guna Bahan Dapur

suhaila

Hilangkan Bau Hapak Dalam Peti Sejuk Guna Bahan Dapur Sahaja

Peti sejuk merupakan antara peralatan dapur yang paling penting dalam sesebuah rumah. Ia bukan sahaja menyimpan makanan mentah dan masakan yang telah dimasak malah menjadi tempat untuk memastikan bahan-bahan makanan kekal segar dan tahan lama.

Namun begitu, apabila peti sejuk tidak dibersihkan secara berkala, bau hapak akan muncul dan boleh menjejaskan kualiti persekitaran dalam peti tersebut.

Lebih membimbangkan, bau ini boleh ‘berjangkit’ kepada makanan lain hingga menjejaskan rasa serta kesegarannya.

Walaupun terdapat pelbagai produk komersial di pasaran yang kononnya mampu menghilangkan bau peti sejuk, tidak semuanya berkesan dan selamat untuk digunakan berdekatan dengan makanan.

Sebenarnya, anda tidak perlu berbelanja besar kerana bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dapur sudah cukup ampuh untuk menyelesaikan masalah ini.

Berikut kami kongsikan lima petua berkesan untuk hilangkan bau hapak dalam peti sejuk hanya dengan menggunakan bahan-bahan dapur yang mudah didapati, selamat dan menjimatkan.

1. Soda bikarbonat

Soda bikarbonat atau lebih dikenali sebagai baking soda adalah antara bahan dapur paling popular untuk pelbagai tujuan pembersihan. Ini termasuklah dalam mengatasi masalah bau.

Ia berfungsi sebagai agen penyerap semula jadi yang mampu menarik dan meneutralkan bau busuk di ruang tertutup seperti peti sejuk.

Caranya amat mudah, iaitu ambil satu mangkuk kecil atau bekas terbuka dan isikan dengan soda bikarbonat. Letakkan bekas ini di salah satu rak dalam peti sejuk dan biarkan ia menyerap bau selama seminggu atau dua.

Untuk hasil yang lebih optimum, anda boleh menggantikan soda tersebut setiap dua minggu. Tambahan pula, ia selamat digunakan kerana tidak menghasilkan bahan kimia berbahaya dan tidak mengganggu kesegaran makanan di sekelilingnya.

2. Serbuk kopi

Selain itu, jika anda gemar menikmati aroma kopi yang menyegarkan pada waktu pagi, pasti anda akan menghargai kehebatan serbuk kopi sebagai penyerap bau semula jadi.

Serbuk kopi mengandungi sifat penyahbau yang mampu menyerap kelembapan dan aroma yang tidak menyenangkan dalam peti sejuk. Anda boleh menggunakan serbuk kopi baru atau lebihan serbuk kopi terpakai yang telah dikeringkan.

Letakkan serbui kopi tersebut dalam bekas kecil yang terbuka atau balut menggunakan kain kasa nipis dan tempatkan di dalam peti sejuk.

Ia bukan sahaja menghapuskan bau hapak, malah meninggalkan bau harum yang menyenangkan dan semulajadi. Petua ini juga sangat berguna jika anda sering menyimpan makanan berbau kuat seperti durian, petai atau ikan masin.

BACA : Baucar Buku MADANI 2025: Cara Semak dan Tebus

3. Cuka putih

Cuka putih juga merupakan antara bahan dapur yang sangat versatil. Ia bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah terkenal sebagai bahan pembersih serba guna.

Kandungan asid asetik dalam cuka putih menjadikannya berkesan untuk membasmi bakteria dan kulat yang menjadi punca utama kepada bau busuk.

Untuk menggunakannya dalam peti sejuk, campurkan cuka putih dengan air (nisbah 1:1) dan gunakan campuran ini untuk mengelap seluruh permukaan dalaman peti termasuk bahagian dinding, rak dan laci sayur.

Selain menghilangkan bau, ia juga dapay membantu untuk menghapuskan kesan kotoran serta mencegah pertumbuhan kulat. Gunakan kain bersih atau span lembut semasa mencuci supaya tidak merosakkan permukaan dalaman peti sejuk.

4. Lemon

Antara lain, buah lemon bukan sahaja menyegarkan minuman malah ianya sangat berguna dalam menyucikan peti sejuk daripada bau yang tidak menyenangkan.

Lemon mengandungi asid sitrik semula jadi yang mampu membasmi bakteria penyebab bau serta memberikan aroma sitrus yang segar dan menyenangkan.

Untuk petua ini, potong lemon kepada beberapa keping nipis dan letakkan di dalam mangkuk kecil atau piring tanpa penutup.

Letakkan mangkuk tersebut di bahagian tengah peti sejuk agar aroma lemon dapat merebak ke seluruh ruang. Anda juga boleh memerah jus lemon ke atas span lembap dan gunakan untuk mengelap permukaan dalaman peti.

Lemon bukan sahaja membersihkan malah memberi rasa segar setiap kali anda membuka pintu peti sejuk.

5. Arang

Arang terutamanya jenis arang buluh telah lama digunakan dalam budaya tradisional sebagai bahan penyerap bau dan kelembapan.

Struktur pori-pori halus pada permukaan arang menjadikannya sangat berkesan dalam menyerap zarah bau serta toksin dalam ruang tertutup.

Untuk peti sejuk, cukup dengan meletakkan beberapa ketul arang dalam bekas terbuka di satu sudut dalam peti.

Arang ini akan mula menyerap bau busuk tanpa meninggalkan sebarang bau tambahan atau sisa. Gantikan arang setiap 2 hingga 4 minggu untuk memastikan ia kekal berkesan.

Kaedah ini sangat sesuai bagi mereka yang mencari penyelesaian bebas bahan kimia dan ingin mengekalkan persekitaran penyimpanan makanan yang selamat.

Sebagai kesimpulan, masalah bau hapak dalam peti sejuk memang menjengkelkan tetapi ia boleh diatasi dengan cara yang mudah, selamat dan murah hanya dengan menggunakan bahan dapur yang sedia ada.

Dengan hanya menggunakan soda bikarbonat, serbuk kopi, cuka putih, lemon dan arang, anda dapat menyegarkan semula ruang peti sejuk tanpa sebarang bahan kimia yang membahayakan makanan.

Apa yang penting, pastikan anda juga mengamalkan kebersihan secara berkala.

BACA : Tidur Dengan “Aircond” & Kipas Terbuka: Ini Risikonya

Sumber :

whirpool

,

goodhousekeeping