Siakap Keli
Kredit: FAM

5 Pemain Warisan Baharu Harimau Malaya Dapat Kelulusan FIFA

5 Pemain Warisan Baharu Harimau Malaya Dapat Kelulusan FIFA

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan bahawa lima pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya telah mendapat kelulusan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Malaysia dalam perlawanan antarabangsa.

Kelima-lima pemain tersebut ialah Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado.

Dengan kelulusan ini, mereka kini layak untuk membuat penampilan sulung malam ini menentang Vietnam dalam saingan Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Perlawanan itu dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan skuad negara kini dibimbing oleh ketua jurulatih, Peter Cklamovski.

BACA: Hakim Danish Raih Kemenangan Pertama Musim Ini Di Aragon

BACA: Muhammad Safawi Sahut Cabaran Bermain Di Posisi Baharu Bersama Harimau Malaya

BACA: Rasmi: Facundo Garcés Sah Milik Harimau Malaya

Sumber: Football Association of Malaysia/FB

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.